Penyakit TIBI @ Batuk Kering

Salam semua…

Hari ini merupakan hari yang agak senang lenang bagi saya kerana pesakit saya tiada datang ke klinik saya untuk mengambil ubat jadi adalah lebih baik untuk saya memberikan informasi mengenai TIBI… al maklumlah kerja bidang kesihatan…. dalam klinik TIBI lagi tu.. hohoho

Penyakit TIBI ni sebenarnya telah lama di ketahui tapi walaupun dunia semakin moden dengan bermacam2 kaedah perubatan namun penyakit TIBI sebenarnya belum lagi dapat dihapuskan dengan 100%… jadi sebagai seorang kakitangan kesihatan adalah wajar untuk saya berkongsi kepada kawan2 semua tentang penyakit ini..

Pada dasarnya semua orang yang berada di dunia ni telah terdedah dengan kuman TIBI namun oleh kerana keadaan pertahanan badan setiap orang adalah berbeza maka itu ada yang mengidap penyakit ini dan ada yang tidak.

Penyakit TIBi mempunyai tanda2 seperti :

  • Batuk yang melebihi 2 minggu
  • batuk yang berkahak dan kadangkala disertai dengan darah
  • Berpeluh pada waktu petang dan malam
  • Susut berat badan
  • Kurang selera makan

Namun tanda2 diatas hanyalah sebahagian sahaja dan mungkin seseorang yang dijangkiti itu langsung tidak mempunyai tanda2 tersebut. Pesakit yang macam ni lah yang paling ditakuti kerana sukar dikesan oleh staf kesihatan.

Penyakit TIBI ni mempunyai beberapa jenis antaranya ialah :

  • Tibi Pulmonary Smear Positive
  • Tibi Pulmonary Smear Negative
  • Tibi Ekstrapulmonary
  • Tibi Pulmonary dan Ekstrapulmonary

Di antara kesemua jenis penyakit TIBI di atas Tibi pulmonary smear Positive adalah yang paling berbahaya kerana ianya boleh berjangkit kepada orang ramai.

Namun semua jenis penyakit diatas boleh diubati dan jangka masa rawatan untuk penyakit TIBI adalah di antara 6 bulan ke 1 tahun.

Jadi nasihat saya sebagai staf kesihatan kepada kawan2 semua adalah sesiapa saja samada kawan, keluarga, saudara mara atau jiran anda yang mempunyai tanda2 seperti di atas terutamanya batuk yang melebihi 2 minggu agar dapat membuat atau menjalani pemeriksaan kahak  di hospital atau klinik yang berdekatan dengan anda.

Oleh itu sempena sambutan Hari TIBI Sedunia pada 24 Mac 2009 lalu saya mengesyorkan agar kita sama2 memerangi penyakit TIBI ini. Tema Hari TIBI Sedunia tahun ini adalah ….

                            I AM STOPING TIBI !

About these ads

161 Responses to “Penyakit TIBI @ Batuk Kering”

  1. aida Says:

    saya terlalu ingin bertanya tentang tibi perut berikutan suami saya kini menghidapnya. dalam minggu ni dia dijangka keluar dari wad tibi. bagaimana penjagaan dia dirumah berikutan anak2 saya masih kecil 2 dan 5 tahun. untuk pengetahuan, kami sekeluarga telah pun pergi menjalani saringan tibi.

  2. ruzlamblog Says:

    terima kasi sebab bertanya…. apa yg puan bole buat iyala…

    1) suami kenalah menghadkan komunikasi secara rapat dgn anak… tp tibi perut ni tidak lah seagresif tibi paru2 positif… kesan jangkitan tibi perut ni ada lah kurang….

    2)pastikan suami mkn ubat tibi depan puan… setiap hari atau kalau dah lepas 2 bulan suami puan kena mkn ubat 3 kali seminggu….

    3) persekitaran rumah kena ada pencahayaan kerana kuman tibi bole mati terkena cahaya matahari.

    • aida Says:

      1. Adakah ini bermakna saya kena mengasingkan tempat tidor antara suami dan anak? bagaimana dengan makanan dan pakaian beliau?

      2. Tadi saya telah berjumpa dengan doktor yang merawat beliau, dia pun berkata yang sama bahawa suami saya tidak akan menjangkiti anak2 berikutan juga beliau telah hampir sebulan makan ubat tibi. cuma yang merisaukan saya ialah sakit kuning beliau. tapi doktor kata ia masih boleh dirawat. memang boleh dirawat tapi bimbang juga bila di bawa balik rumah takut ada implikasi2 lain. untuk pengetahuan juga, beliau kini memakai stoma bag berikutan ususnya pecah dan dr mengatakan operation yang dibuat keatasnya merupakan suatu operation besar dan sukar sehinggakan sebelum ini dia dirawat di hdu wad selama seminggu.

      • aida Says:

        Boleh kah saudara dapat memberikan saya informasi tentang tibi perut secara terperinci?

      • ruzlamblog Says:

        salam…

        Tibi Perut merupakan salah penyakit tibi yang menyerang pada bahagian perut. Pesakit yg menghidap penyakit ini perlulah sekurang2nya menjalani rawatan selama 1 tahun bergantung kepada doktor dan keadaan pesakit. Tibi perut ini memang boleh sembuh jika rawatan diambil secara teratur. Untuk pengetahuan aida, pesakit hendaklah mengambil makanan yang berzat dan seimbang dan jangan sekali – kali meninggalkan ubat tibi tanpa arahan doktor. Boleh tak aida beritahu saya apa penyakit lain yg dihidapi suami anda dengan lebih detail?

  3. boulahrouz Says:

    salam…saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyakit tibi…di sini saya harap saudara dapat memberi penjelasan yg terperinci mengenai 3 jenis penyakit tibi iaitu :
    1. tuberkulosis pulmonari
    2. tuberkulosis miliari
    3. tuberkulosis meningitis…

    di harap saudara dapat membantu saya…
    kalo boleh, reply la cepat2 ye…hehehe..
    ok salam….

    • ruzlamblog Says:

      salam boulahrouz….

      tuberkulosis pulmonari adalah tb yang melibatkan paru2. terdiri dari yg kahak positif dan kahak negatif. kahak positif boleh berjangkit dan kahak negatif pula kurang berjangkit namun perlu berhati2 jg. tb paru2 boleh dirawat selama 6 bulan.

      tuberkulosis meningitis adalah tb yg menyerang selaput otak manusia. selalunya yg terkena penyakit ni akan koma kalau lambat dikesan. namun ianya boleh dirawat dan seterusnya sembuh. tb meningitis boleh dirawat selama 1 thn.

      tuberkulosis miliari pula saya kurang pengalaman kerana tb jenis ini tiada di daerah saya tp mmg ada dimalaysia. dan jika tidak silap tb ini merupakan tb yang berjangkit ke dalam organ manusia melalui aliran darah. dan asalkan tb ianya ttp boleh dirawat dan rawatan tb miliari jg memakan masa 1 thn atau lebih.

      harap ianya dapat membantu. thanks

  4. aida Says:

    saudara, sebelum suami menghadapi tibi, beliau mengidap buasir dan radang usus (ulcer di usus).

    hasil dari ubat tibi, beliau menghadapi jaundis yang tinggi. dan keluar masuk wad. hasil dari pemeriksaan darah, terdapat virus hep B yang tinggi. kini beliau makan ubat hep B setiap hari. selain itu, beliau mengidap sakit sendi yang teruk. hasil pemeriksaan darah juga, gout yang agak tinggi. tetapi dr tidak memberikan treatment gout kerana bimbang kesan sampingan, tetapi diberi vitamin B.

    kini, beliau makan ubat tibi 2x seminggu dan tiada injection. saya x ingat start full dose tu since bulan berapa rasanya dalam bulan mei.

    hasil altrasound liver dijumpai batu dalam hempedu dan juga bengkak pundi prostat. tapi dr belum bagi lagi refrence letter untuk direfer ke bahagian berkenaan. so far, beliau masih dalam perhatian dr di bahagian chest, gastro dan juga surgery. beg stoma masih dipakai. dan akan dimasukkan semula stoma setelah habis treatment tibi dan juga tiada ulcer dalam usus lagi.

    baru2 ini beliau batuk dan agak stress kerana kami pindah rumah tingkat 3. kahak suami berdarah selama 2 hari. tapi tiada tindakan yang kami buat. selain itu, beliau masih merokok sekali sekala. apa yang perlu saya buat? dan apakah implikasi yang bakal dihadapi lagi? sedangkan swaktu major operation itu, dr tebuk paru2 beliau untuk keluarkan angin. waktu ni memang dalam keadaan kritikal dan berada dalam wad hdu. adakah perkara ini boleh berulang lagi atau lebih teruk lagi?

  5. nur Says:

    salam,

    nak tanye, selepas 2 bulan mkn ubt dan 4 bulan seterusnya hanya makan 2x semggu? (sy dibekalkan hanya 2 jenis ubt shj)

    lagi satu, selepas pengambilan ubt selama 2 bulan ni, rambut semakin byk gugur dan sedikit byk merunsingkan sy. adakah ini kesan normal utk pesakit tibi?

    harap dapat membantu..thx..:)

    • ruzlam Says:

      salam azimah,

      YA memang selepas 2 bulan, pesakit tb akan makan ubat 2 jenis sahaja dengan kekerapan 2 kali atau 3 kali utk seminggu… mengenai keguguran rambut tu pula, saya belum pernah menerima aduan masalah sampingan seperti keguguran rambut, nasihat saya ialah supaya anda bertanya mengenai masalah ini dengan doktor saudari. mungkin ubat tidak sesuai dengan anda…. sekian dan terima kasih…

  6. noora Says:

    salam saudara,

    ibu saya dikesan menghidapi tuberkulosis pulmonari.. baru masok 5 ari mkn 5jenis ubat yg dberi oleh doc di ipr, hkl.. masalahnya ibu saya langsung tiada selera makan.. jd menjadi masalah pd saya utk bagi makan pd beliau.. saya jadi sgt buntu.. adakah boleh kiranya saya berikan ibu saya stiap pagi spirulina utk dmakan mmandangkan ibu saya tiada langsung selera makan.. terima kasih.

    • ruzlam Says:

      salam,
      ibu anda tiada selera makan kerana penyakir tb yg dihidapi sekarang tetapi ubat2 tb yang diberi oleh doktor tersebut mempunyai vitamin bg menambah selera mkn ibu anda. so tak payah risau … mengenai pemberian spirulina pula sebenarnya tiada halangan, kalau spirulina itu sesuai utk ibu anda, maka beri la ibu anda mkn suplemen tsbt…. thanks

  7. nanie Says:

    salam…sy ingin bertnya..hampir bebulan juga la sy batuk..xhenti2..tapi batuk sy xberdarah..just gatal tekak.bila gatal so batuk xhenti2 time tu..sy dah g jumpa doc tapi doc cakp kemungkinan batuk sy disebbkan gastrik sebb sy ni makan xikut jadual..bila dh makan ubat y diberi..kira ok la juga seminggu dua..pastu batuk sy jadi lagi..doc pesan kt saya kalo xhilang juga batuk ni, sy kena g wat XRAy untuk check TB..adakah itu tnda2nya

    • ruzlam Says:

      Salam Cik Nanie,

      Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih sebab melawat blog saya dan bertanya soalan. dalam kes cik Nanie ni, yang paling penting sekali adalah buat pemeriksaan kahak di klinik dan hospital yg terdekat. Ini adalah kerana pemeriksaan ini adalah yang paling tepat sekali dalam mendiagnos penyakit TB ni. So saya harap cik nanie buat pemeriksaan dengan segera. Sya harap cik Nanie sentiasa sihat2 sahaja. tq.

  8. nuri nani Says:

    saya nak bertanya..saya sakit kepala rasa spti otak di himpit22..n apabila sakit kepala mula menyerang,kepala saya tidak boleh rndh dr paras yg sepatut nye..kerana ia kan rasa spt darah di tekan2 kedalam otak..ibu saya sarankn saya membuat pemeriksaan darah kerana baru2 ini saya ade menderma darah untuk 1st time….tp darah saya stbil.n doktr ckap mungin badan saya terkejut sbb drma darah…saya dh brjmpa doktr sudah 2 kali..tapi n makan 2 jenis ubat batuk..tetapi batuk saya masih sama cuma slsma n kahak ade berkurangan..saya x ske sakit..hehe
    tq..

    • ruzlam Says:

      salam…. terima kasih sbb bertanya… agak susah untuk mendiagnos apa penyakit anda sekarang. Mungkin Migraine… tp jika anda khuatir anda terkena TB boleh lah membuat pemeriksaan TB melalui suntikan MANTOUX TEST. Tak dpt komen banyak sbb tanda2 yg anda nyatakan masih umum… sori tak dpt banyak membantu…

  9. zai Says:

    salam……saya nak tanya mengenai mantoux test bagi ujian tibi ,saya salah seorang pengidap PTB baru-baru ni jumpa doctor mengadu kelenjar bengkak ,demam malam setelah x-ray didapati ada nampak kesan pada x ray sputum diambil 1+ diberi suntikan mantoux test 12mm ‘doctor arahkan anak saya melakukan ujian mantoux test, adakah bahaya dilakukan pada anak berusia 3 dan 2 tahun melakukan ujian tersebut.apakah rawatan yang patut diberi kepada nak tersebut. terima kasih.

    • ruzlam Says:

      salam… selalunya anak yg berusia 2 ke 3 tahun ni saya jarang bg suntikan kerana mereka masih mempunyai pelalian BCG yg diberi semasa lahir. Lg satu penjagaan tpt suntikan tu pun penting kerana perlu dija selama 72 jam tanpa digaru atau digosok dan sudah pasti kalau kanak2 ini adalah susah untuk dibuat… jika anak anda terkena penyakit TB memang ada rawatannya dan jangan risau ok… terima kasih sebab bertanya….

  10. Umie Chumiran Says:

    assalamualaikum,,saya nak tanya apakah kaitan antara penyakit TB dengan penyakit Leprosy(kusta)..??

    • ruzlam Says:

      Salam,

      Kaitan antara kedua2 penyakit ini ialah kedua2 bakteria penyebab TB dan Kusta adalah dari kumpulan yang sama iaitu Micobacterium. TB disebabkan oleh Micobacterium Tuberculosis dan Kusta disebabkan oleh Micobacterium Leprae.

  11. lina Says:

    assalamualaikum, pembantu rumah saya suspek TB. Dah buat x-ray tapi belum buat ujian kahak lagi.kini saya sudah menghantarnya pulang.Yang merisaukan saya, anak saya yg berusia 4 tahun dulu adalah premature baby. Lahir 700grm dan dulu mengidap cronic lung diaesis. Pernah menggunakan mesin bantuan oksigen d rumah lebih kurang setahun, tetapi kini anak saya sudah sihat..adakah anak saya lebih senang mendapat jangkitan TB. bolehkan MANTOUX test didapati dimana2 klinik??ataupun perlukan surat pengesahan untuk saya sekeluarga dapatkan mantoux test.saya terlalu risau.harap doc dpt beri penjelasan

    • ruzlam Says:

      Salam,

      Mengenai anak anda… ya memang si kecil anda mempunyai risiko yg tinggi untuk mendapat penyakit TB tp selalunya mereka ini telah diberikan pelalian BCG semasa mereka lahir dulu. jadi jarang la kanak2 kena penyakit TB. Namun itu tak bermakna anak anda suda selamat dr jangkitan, kena pergi buat pemeriksaan jg… berkenaan mantoux test tu, pergi saja ke mana2 klinik kesihatan atau hospital, anda boleh minta dgn doktor untuk menjalankan suntikan mantoux test tsb.

  12. NORA Says:

    assalamualaikum..sy dijngkiti PTB dan sudah seminggu menjalani rawatan setiap hari di klinik.. sy ingin bertanya:
    1. Apakah kesan2 jangka pendek dan jangka panjang pengambilan ubat TB terhadap pesakit TB??
    2. Peluang untuk sembuh sepenuhnya biasanya mengambil masa berapa lama?
    3. Pesakit PTB masih boleh mderma darah atau tidak slpas sembuh spenuhnya?

    Terima kasih…

    • ruzlam Says:

      Salam Nora,

      1. Kesan jangka pendek dan jangka panjang pengambilan ubat TB ni sebenarnya tiada. Ini kerana ubat TB hanya dimakan untuk tempoh 6 bln ke 1 tahun sahaja. Kesan sampingan yg saya selalu jumpa adalah pesakit rasa pening, muntah dan kuat mkn.
      2. Peluang sembuh adalah 100% jika penyakit TB dikesan awal dan pesakit mkn ubat TB ikut masa. Selalunya pesakit TB akan sembuh antara 6 bulan hingga 1 tahun.
      3. Saya nasihatkan jangan dulu derma darah semasa masih dlm rawatan kecuali sudah sembuh.

      Terima kasih dan harap dpt jwp soalan anda

  13. reydha Says:

    Assalammualaikum…..
    Hari ini (13.10.2011) saya disahkan mengidap penyakit TB. simptom iaitu kelenjar di leher telah timbul selepas saya melahirkan anak pada Jun 2011. Pada 24hb nanti saya akan berjumpa doktor untuk pengesahan penyakit TB saya jenis apa. saya dah baca artikel anda. Jadi apa yang soalan yang paling penting untuk saya tanya pada doktor kelak?.

    Yang merisaukan saya, benarkan bayi saya dan anak2 berumur 5 dan 9 thn akan dijangkiti kuman ini. Adakah ubat untuk mereka?.

    Saya terlalu risau akan kesan sampingan daripada ubat dan risiko penyakit ini (membawa maut).
    Terima kasih.

    • ruzlam Says:

      Salam Reydha.

      Soalan yg sesuai ditanya kpd doktor anda ialah;
      1. Brp lama tempoh rawatan diambil?
      2. Adakah ubat TB memberikan kesan sampingan jika menyusukan anak?
      3. Adakah Penyakit TB ni boleh berjangkit dgn keluarga saya?
      4. Apakah langkah yg sesuai untuk pencegahan penyakit TB dirumah?
      5. Bolehkah saya keluar ke tempat ramai org cthnya pasar, shopping complex?
      6. bolehkah saya mencium anak atau ahli keluarga jika saya dijangkiti penyakit ini?

      Selalunya bayi jarang dijangkiti penyakit TB kerana mereka ada pelalian BCG yg diberi semasa lahir dan begitu jg dgn anak2 yg umur 5 dan 9 thn itu. Ubat tetap ada.

      Kesan sampingan ubat hampir tiada tp selalunya pesakit akan rasa loya, pening dan muntah semasa mula2 sekali mkn ubat. Risiko penyakit TB memang boleh membawa maut jadi sentiasa mkn ubat TB ikut masa dan jgn tgglkan ubat tersebut. Sbb jika mkn ubat ikut masa, pelaung sembuh adalah 100%.

      terima kasih dan harap dpt jwp soalan anda.

      • reydha Says:

        terima kasih atas jwpan yang diberikan. sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan kerisauan saya.
        Insyaallah saya akan berusaha dan berazam untuk sembuh.
        Terima kasih.

      • ruzlam Says:

        Salam,

        Saya juga berharap agar anda dan keluarga anda sentiasa sihat sepanjang masa. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini. tq

      • reydha Says:

        salam….
        saya telah disahkan menghidap tb kelenjar dan sudah 1 bulan mengambil ubat tb. anak2 dan suami pun sudah menjalani ujian/pemeriksaan dan mereka semua bebas drpd tb. Baru2 ini kelenjar tersebut tumbuh di leher bahagian sebelah pula.saya ada merujuk kepada doktor yang memberi sy ubat dan dia mengatakan tb saya telah merebak. soalan saya:
        a) bolehkah ianya merebak walaupun sy telah mengambil ubat?
        b) adakah tb kelenjar ini susah untuk pulih dlm tempoh yg cepat berbanding tb paru2.
        c) perlukah anak2 dan suami menjalani ujian tb lagi pada masa akan datang?
        d) bagaimana cara terbaik utk menerangkan kpd keluarga/teman2 terdekat mengenai penyakit ini kerana sy mengalami tekanan perasaan disbbkan ada org sekeliling yg meminggirkan sy. (mgkin mereka takut berjangkit agaknya.
        Terima kasih….

      • ruzlam Says:

        Salam puan,

        a) penyakit tb kelenjar tidak boleh berjangkit. jadi tiada masalah dcni.
        b) tb kelenjar memerlukan rawatan sekurang2nya 1 tahun baru dikira sbg sempurna rawatan dan itu berpandukan kpd pemeriksaan fizikal kelenjar tsbt dan jg munkin pemeriksaan darah.
        c) pemeriksaan tb utk ahli keluarga sebenarnya perlu mengikut tempoh masa yg ditetapkan.
        d) agak sukar utk menghilangkan stigma masyarakat kerana org sekeliling pun kurang pendedahan maklumat mengenai pnykt ini. Kalau boleh kurangkan pergaulan dahulu dan tggu selepas mkn ubat tb selama 2 bulan, baru lah mulakan semula pergaulan anda.

        harap dpt jwp soalan anda. tq

      • reydha Says:

        Aslmkum….. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas nasihat, sokongan dan informasi ttg tb. Setelah 9 bulan saya mengambil ubat tb, pada 2.08.2012 lalu doktor telah mengesahkan tb kelenjar saya telah sembuh dan tidak perlu menyambung memakan ubatan tb. Alhamdulillah….. Soalan saya adalah, bolehkan penyakit tb ini dtg kembali dan menjadi tb lain selain kelenjar pd masa akan dtg?.

      • ruzlam Says:

        Salam Reydha,

        Memang boleh berjangkit walaupun telah sembuh dan kerana itu anda akan datang untuk review semula selepas 3 bulan untuk megesahkan supaya anda betul2 bebas dari jangkitan TB ni. tq. http://ruzlamunittrust.wordpress.com

        ________________________________

    • Reydha Says:

      Salam,
      Pada 22.10.2013 nanti saya akan menjalani ujian x-ray yang terakhir selepas berhenti ambil ubat pada Ogos 2012. Akan tetapi apa yang membimbangkan saya, hampir setiap hari saya pening kepala dan bahagian leher terasa sengal tetapi tidak ada tanda-tanda benjolan atau kelenjar seperti dulu.
      Soalan saya ialah, bolehkan saya membuat rujukan atau pemeriksaan tb di klinik dahulu sebelum menjalani ujian x-ray?. Saya bimbang jika tb saya kembali lagi. Terima kasih dan harap dapat membantu.

  14. noora Says:

    salam saudara,

    baru sekarang saya baca reply dr saudara berkenaan masalah ibu saya.. namun Allah lbh menyayangi beliau selepas seminggu berada Hospital Ampang.. doktor telah coba suntik obat yg paling kuat namun ianya tidak mbawa perubahan yang baik.. walaupun dalam hati sedih dan pedih, kami sekeluarga redha

  15. yanie Says:

    salam..saya ingin bertanta mengenai pulmonary tuberculosis…baru2 ini ibu sy disahkan menghidap ptb.stlh 2bln menjalani treatment,saya mendapati penyakit beliau masih belum sembuh..saya juga melihat dia letih lesu,tidak bermaya,kurang selera makan malah tidak berdaya untuk melakukan kerja2 rumah seperti biasa.saya ingin bertanya mengapakah ibu saya mengalami simptom2 seperti berikut sedangkan ibu saya sedang dalam rawatan…adakah ibu saya boleh sepenuhnya seperti biasa?adakah kami sekeluarga masih boleh berjangkit sedangkan ibu saya sedang dalam rawatan..saya berharap puan dapat memberi penjelasan kepada saya..tq

    • ruzlam Says:

      salam…

      1. Selpas 2 bulan rawatan, penyakit TB memang masih belum sembuh…. sekurang2nya perlukan 6 bulan rawatan….
      2. Simptom2 seperti yg dinyatakan itu adalah biasa dihidapi oleh setiap pesakit TB terutamnya yg baru memulakan rawatan. Teruskan pengambilan rawatan TB dan jgn berhenti tanpa disuruh diktor ya.
      3. Ibu anda boleh sembuh sepenuhnya. yang penting mkn ubat ikut masa dan yg penting penyakit TB ibu anda ini bukan masuk kategori lambat diagnosa.
      4. Anda sekeluarga mmg berisiko untuk dijangkiti TB. dah buat pemeriksaan?

      tq…

  16. yana Says:

    slps bersalin yana dmam 1wek,pas2 batuk2 igt batuk biasa je,smpaila skrg da 3bulan still lg batuk,tp dlm mggu ni batuk ni semakin kerap & rasa skt sebelah dada ,rusuk kanan,smpai nafas pn skt msh terasa.batuk ni xda kahak mcm org batuk skt tekak tau..adakah simptom tibi?

    • ruzlam Says:

      salam puan yana…

      agak susah nak menjawap soalan anda sama ada anda terkena TB atau tak. Ini kerana anda kena membuat pemeriksaan kahak 3 hari berturut2, check x-ray terlebih dahulu… Selain batuk, simptom paling popular adalah KURUS DAN BERAT BADAN BERKURANG, TIADA SELERA MAKAN, BERPELUH PADA WAKTU MLM… so nasihat saya kena buat pemeriksaan terlebih dahulu… ok puan…

  17. easter Says:

    saya easter dari ampang ,disini saya nak buat satu pertanyaan mcm nie di tempat kerja saya iaitu teman sekerja disahkan oleh doctor mendapat penyakit tibi,dia dinasihatkan berehat dirumah untuk 7 hari dan diberi antiboitik pill,tapi teman saya ni berdegil nak kerja juga ,saya risau sebab saya ada anak berumur 5 bulan dirumah .patutkah saya memberi nasihat kepada dia supaya menghadkan pergaulan dia dgn teman2 ,lagi pun teman saya nie suka berkongsi makanan dgn teman 2 yg lain .dia dah tahu yg dia ada penyakit tibi tapi dia buat tak tahu je.lagi pun saya baru tahu hari nie yg dia ada penyakit itu.apa yg patut saya buat.saya sendiri nak pergi buat ujian kesihatan,sebab berkonsi makanan dgn dia juga

    • ruzlam Says:

      Salam Easter,

      1. Puan kena nasihatkan jg kwn puan untuk berehat saja dirumah… pesakit TB selalunya akan diberikan cuti selama dua bulan sebelum boleh mula kerja. Ini boleh mengelakkan kwn2 lain dari terjangkit. TB boleh merebak melalui udara! ingat tu…

      2. Nasihatkan kwn2 kerja yg lain sentiasa memakai mask jika kwn puan yg ada penyakit TB tu masih bekerja. Sentiasa buka tingkap tpt kerja agar cahaya matahari dpt memasuki ruang pjbt. Ini krn kuman TB boleh mati kerana terkena cahaya matahari.

      3. Nasihatkan jg bahawa kwn puan yg ada penyakit TB tu sentiasa mkn ubatan TB. Rawatan TB adalah untuk 6 bulan. ingat tu! jika tidak dipatuhi, dikhuatiri ianya boleh membawa maut…

      4. Puan dan kwn kerja lain hendaklah dtg ke mana2 klinik kesihatan atau hospital utk pemeriksaan kesihatan bg memastikan anda dan yg lain tidak terjangkit dgn penyakit TB.

      5. Penyakit TB tidak berjangkit melalui perkongsian makanan tp melalui udara spt batuk, bersin dan bercakap… jd sentiasa pakai mask… ok tq

  18. wani Says:

    blog ini masih active?

  19. darin ulfah Says:

    assalamualaikum,

    saya Darin dari JB. Ibu saya telah disahkan menghidapi penyakit Tibi. Doc telah memberikan 5 jenis ubat tibi. Kesan dari ubat tibi tersebut, ibu saya telah mengalami muntah2 dan radang hati setelah mengambil ubat berkenaan selama 10 hari. Kini beliau menjalani rawatan di hospital sehingga kini ( 20hari ) . Ada sejenis ubat tibi yang beliau tidak boleh makan iaitu Rifampicin (RIF), kesan dari pengambilan ubat tersebut, selepas 1/2 jam – beliau akan mengalami alergik, gatal2 diseluruh badan, hidung tersumbat, batuk2 dan panas seluruh badan, badan akan menjadi seolah2 terbakar dan badan akan kembali normal setelah 2jam kemudiannya. Soalan saya, bolehkah hanya memakan ubat Isoniazid (INH) , Pyrazinamide (PZA) dan Ethambutol (EMB) sahaja?? Adakah tibi dpt diubati tanpa perlu mengambil Rifampicin (RIF)???

    • ruzlam Says:

      Walaikum salam Darin,

      Terima kasih sebab sudi melawat dan bertanya. Soalan ialah adakah dengan hanya memakan Isoniazid, Ethambutol dan Pyrazinamide penyakit Tb ibu anda boleh sembuh? jawapan saya ialah BOLEH. Doktor di tempat anda terpaksa menghentikan rifampicin kerana ianya memudaratkan kesihatan ibu anda tetapi ubatan lain diteruskan kerana ubatan lain ini tetap boleh menyembuhkan penyakit tb ibu anda. Apa yang penting disini adalah ibu anda mestilah memakan ubatan tb mengikut masa dan dos yang betul. Saya yakin doktor ditempat anda akan sentiasa memantau keadaan kesihatan ibu anda menerusi pemeriksaan darah.

      akhir kata saya mendoakan semoga ibu anda beransur sihat seperti sediakala. Sentiasalah menyokong ibu anda ok.

      • darin ulfah Says:

        Terima kasih atas jawapan, ia sgt membantu dr segi moral support utk ibu saya terus sembuh. Saya telah membacakan jawapan en kpd ibu saya. Alhamdulillah..ubt tersebut tidak perlu lg diambil, kini menunggu pemeriksaan darah supaya boleh pulang ke rumah

      • ruzlam Says:

        Salam Darin,

        terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini. saya akan sentiasa cuba untuk menjawap soalan2 sesiapa saja tentang TB. Harapan saya adalah semoga ibu anda kembali sihat seperti sediakala dan teruskan pengambilan ubat TB sehingga sembuh. Oh…untuk makluman anda sekarang, saya tengah membangunkan 1 blog baru mengenai TB dan Kusta di alamat http://www.tbkusta.blogspot.com …. walau pun belum ada entry baru terdapat pengenalan kusta dan TB disana. sudikanlah diri untuk melawatnya ok… tq sekali lgi.

        http://ruzlamunittrust.wordpress.com

        ________________________________

  20. noor Says:

    salam…sy telah di arahkan utk menjalani ujian mantuox test oleh majian..semua pekerja di wajibkan jalani ujian tu..soalan sy,dlm ms 24jam terdapat satu bentuk bujur di tangan sy ukuran kira2 10mm lebar..adakah itu dikira positif tibi sedangkan sy tidak mempunyai simptom-simptom tibi..tq

    • ruzlam Says:

      salam,

      jika terdapat 1 bentuk bujur berwarna merah ditempat suntikan yg melebihi saiz syiling 20sen, maka anda mempunyai jangkitan Kuman TB tetapi bukan penyakit TB. Jika seseorg yg didiagnos penyakit TB, beliau kena buat pemeriksaan Xray dan pemeriksaan kahak. Ujian mantoux hanya untuk ujian sokongan shj. tq.

  21. Eda Says:

    Salam. Saya ingin bertanya. Bolehkan penyakit tibi dikesan melalui CT Scan? Ini kerana doktor mengatakan saya menghidap tibi miliari melalui CT Scan dibahagian abdomen dan Mantoux test sahaja sedangkan saya tiada batuk dan kahak malah x-ray saya juga normal.

    • ruzlam Says:

      Salam Eda,

      Boleh jika pemeriksaan secara biasa tidak berkesan untuk mengesan Penyakit Tibi dan doktor pula yakin penyakit anda boleh dikesan melalui CT Scan. Tq.

  22. mai Says:

    salam,

    suami saya baru sahaja disahkan TB….sebelum disahkan TB doc mengatakan paru2 beliau dijangkiti kuman….

    saya ingin bertanya…
    1. adakah penyakit TB ini boleh berjangkit sekiranya melakukan hubungan kelamin?
    2. perlukah kami mengasingkan tempat tidur, pakaian dan makanan?
    3. penyakit TB ini mempunyai pantang larang ke dalam pemakanan?

    Mohon pihak tuan dapat menjawab kesemua soalan2 saya2 amat2 mengharapkan jawapan daripa da pihak tuan.

    • ruzlam Says:

      Salam Mai,

      1, Memang berjangkit kerana TB berjangkit sewaktu kita bercakap, bersin dan batuk. Pendek kata Tibi berjangkit melalui titisan dari pesakit Tibi.

      2. Mengasingkan tempat tidur patut dibuat untuk tempoh sekurang2nya 2 bulan ataupun jika pemeriksaan kahak menjadi negatif. Pakaian tak perlu asingkan namun kalau waktu makan adalah lebih baik pesakit makan sorg2 dulu.

      3. Penyakit TB tiada pantang larang mengenai pemakanan.

      harap jawapan – jawapan saya ini membantu anda.tq.

  23. cley Says:

    suami sia disah tibi.baru2 nie dia menjalani ct scean dan di sah kan jankitan kuman pada tulang.adakh kah tibi tulang dan jangkitan kuman pada tulang tu merupakan penyakit yang sama/

    • ruzlam Says:

      Salam cley,

      jangkitan pada tulang itu sudah semestinya adalah jangkitan kuman TB yg menyerang tulang dan ianya dinamakan TB Tulang. terima kasih dan harap dapt membantu.

  24. pesakit Says:

    salam
    saya nak tanya saya mengidap tb paru2 pada 2010 saya sudah mkn ubat selama 6 bulan.
    baru2 ini saya berkahak berdarah… saya sudah chek di HKL melalui x-ray terdapat kesan lagi…

    soalan saya…
    1) adakah saya mengidap tb balik.
    2) sekiranya saya mengidap. cara atau ubat yang cepat menghapuskan kuman ini.
    3)

    • ruzlam Says:

      Salam…

      1) untuk mengetahui anda kena TB atau tak kena cek kahak terlebih dahulu… jika positif maka mmg sah lah TB anda dtg lg…
      2) rawatan adalah tetap sama dgn yg dulu iaitu selama sekurang2nya 6 bulan….

      terima kasih dan harap dpt membantu

  25. juli Says:

    Saya ada bayi berumur 4 bulan, mak mertua saya disahkan penghidap tb pada februari baru baru ni..bahaya tak kalau mereka berjumpa? Boleh ancam kesihatan bayi saya tak?

    • ruzlam Says:

      Salam Juli,

      jika ibu mertua anda mempunyai penyakit TB sebolehnya jgnlah selalu berdekatan dengan bayi anda kerana dikhuatiri ianya boleh berjangkit walaupun ibu mertua anda sedang dlm rawatan. Lgpun bayi anda mmg senang djangkiti penyakit spt ini. tq.

  26. anne Says:

    hai…semat tgahari…..
    saya mau tahu,apa pbezaan ke4 4 jenis pyakit tibi ni;
    1.TIBI PULMONARY SMEAR POSITIF
    2.TIBI PULMONARY SMEAR NGTIF
    3.TIBI EKSTRAPULMONARY
    4.TIBI PULMONARY N EKSTRAPULMONARY

    • ruzlam Says:

      salam anne,

      1. PTB Smear Positive = kahak pesakit mempunyai kuman tb
      2. PTB Smear Negative = kahak pesakit tidak mempunyai kuman tb tetapi ujian xray dada menunjukkan adanya tanda2 tb dan jg ujian mantoux test juga adalah positif.
      3. TB Ekstrapulmonary = TB yang menjangkiti organ pesakit selain dari paru spt tulang, buah pinggang dan perut. kahak pesakit adalah negatif.
      4. TB Pulmonary dan TB Ekstrapulmonary = gabungan antara tb paru – paru dan organ lain. kadangkala kahak pesakit ada yg negatif jg.

      tq.

  27. Nur Asma Hasni Says:

    salam.. saya ingin tahu, adakah tb mudah berjangkit wlaupn dngn percakapn shja. adkah sy berisiko untuk berjangkit, sy seorg jururawat pelatih dan skrg mengalami batuk2 kering dan demam. sy amat risau kerana sy pernah merawat beberapa org pesakit tibi, dan pernah batuk semasa bercakap dengan sy dgn jarak yg dekat..

    • ruzlam Says:

      Salam Nur Asma,

      1. penyakit TB yg berkahak positif adalah SANGAT2 berjangkit walaupun melalui percakapan saja… so saya sarankan buat pemeriksaan kahak sebanyak 3 kali selama 3 hari… ok… mudah2an anda sihat walafiat….

  28. shazieda Says:

    apa kesan tibi pada pesakit yg mnghidapinya??? selain kematian

    • ruzlam Says:

      Salam Shazieda,

      kesan Tibi;

      1. Demam , berpeluh waktu mlm, batuk2 lebih 2 minggu dan mungkin kahak berdarah,susut berat badan, tiada selera makan… tq

  29. iza Says:

    assalamualaikum
    sy nak tau harapan untk hidup bg org yg ada sakit tibi ni selalu nye bape lame..sy mempunyai abg ipar mghidap sakit tibi…selalunye tibi berkaitan dgn batuk,merokok, tetapi dia tidak merokok…batuk pun tidak…?adakah org yg melawat beliau perlu memakai topeng mulut ketika melawat beliau? @ jika dia sudak memakai topeng mulut pelawat tidak perlu memakai? doktor mengesahkan dia sudah mengalami pyakit ini 5 tahun…

    • ruzlam Says:

      Salam Iza,

      Harapan untuk hidup bagi pesakit TB adalah tinggi jika rawatan cepat dimulakan dan sntiasa memakan ubat TB mengikut dos dan waktu yang betul. Orang yang melawat pesakit TB mesti lah memakai topeng muka dan begitu jg dengan pesakit wajib jg kena pakai topeng muka…. tq dan semoga abg ipar anda cepat sembuh…

  30. Wani Says:

    Salam,cousin saya pernah menghidap tb,dan kini dia bakal melanjutkan pelajaran ke u.dia perlu menjalani mantoux test.bagy seseorang yg pernah ade penyakit tb dan sudah sembuh.adakah result mantoux test still positive?

    • ruzlam Says:

      salam wani,

      ujian mantoux test ni boleh menjadi positif tidak kira sama ada org tu penah kena TB atau tidak… so dlm kes ini sy tidak tahu dan untuk kepastian anda kenalah menyuruh sepupu anda membuat ujian mantoux test semula… tq

      • eiya Says:

        Salam,,,
        sy disahkan sakit tb pd bln 3 aritu..
        skrg sdg makan ubt lg…
        hujung bulan ni sy dpt twarn kerja di KL..
        nk tny…boleh ke pesakit tb berhenti makan ubt sblm complete 6 bln??pernah berlaku tak begitu?
        atas nasihat doktor la..

      • ruzlam Says:

        Salam eiya,

        jawapan saya adalah tidak pernah dan tidak boleh berbuat demikian sbb nnt akan memudaratkan anda… wajib habiskan rawatan tb sekurang2nya 6 bulan ok…. tq

  31. has Says:

    salam..semalam sy bru je menjalani xray..doktor kata sy suspect tb sbb byk tompok itam kat paru2..tp doktor tu xpasti smda saya menghidap tb sbb sy xda simptom2 penyakit tu..doktor tersebut akan rujuk ke hospital besar dan suruh sy tggu sehingga sebulan,..hati sy xtenang menunggu keptusan tersebut..jd,ape yg perlu sy lakukan ye???

    • ruzlam Says:

      Salam has,

      awak terpaksa la tunggu keputusan tu ok… sebelum terima keputusan sentiasalah cari maklumat di internet tentang TB ni ok… tq

  32. Z.a Says:

    Salam..saya 2 tahun lepas Ada sakit tb paru berkuman..sekarang dah habis makan ubat selama 6 bulan..doctor kata sy dah sihat..apakah kesan Jangka panjang selepas habis makan ubat tb nie (slps rawatan tb)? Ubat tb nie klau makan badan jd panas dan klau buang air kecil jd warna oren pekat..ubat tb nie sgt kuat..adakah saya boleh pregnant?adakah ubat ini boleh merosakkan organ dalaman? Tq

    • ruzlam Says:

      Salam,

      1) kesan jangka pjg ubat ni selepas tamat rawatan mmg tiada apa – apa. cuma mungkin penyakit tb boleh dtg semula.
      2)Pasal pregnant ni kalau dah habis rawatan tb boleh la pregnant ok… cuma semasa rawatan tak digalakkan pregnant… takut ganggu kandungan
      3) ubat tb boleh merosakkan hati jika terlebih dos… itu la setiap kali review, pesakit kena check darah utk pemeriksaan hati…

      tq

  33. fila Says:

    salam saya menghidap tibi kelenjar. telah mendapatkan rawatan selama hampir 2 bulan tetapi badan saya masih rasa lesu lemah letih dan tumit kaki rasa sakit2 lagi…saya rasa tak sedap badan dan rasa tidak segar mcm biasa..saya khuartiri akan berjangkit pada anak saya setahun lebih dan ahli keluarga lain. saya juga rasa ingin cuti berehat kerana rasa tidak larat..tetapi saya tidak layak untuk diberi cuti tibi kerajaan kerana tibi kelenjar tidak berjangkit..masalahnya saya tidak displin makan ubat kejap pagi kejap petang kejap malam..bagaimana kesannya?tq.

    • ruzlam Says:

      Salam Fila,

      Tentang cara awak memakan ubat TB tu, awak boleh jg buat mcm tu cuma awak kena mkn ubat yg dibekalkan setiap hari la…. cthnya ubat yg kena mkn utk hari ni maka awak kena mkn hari ni juga ok… tibi kelenjar tidak berjangkit kepada anak anda jg… jgn risau ok dan yg penting mkn ubat tb sj… tq

  34. mell Says:

    salam 1 Malaysia,
    Ibu saya disahkan menghidap tibi, saya nak tanya?
    1. Beberapa sumber-sumber yang boleh dipercayai saya baca, ada memaklumkan bahawa sekiranya pesakit tibi sudah mengambil ubatan selama 2minggu , pihak keluarga tidak perlu risau kerana kuman tibi pada pesakit tidak akan berjangkit lagi, pls advice
    2. Hari ke-10 ibu saya mengambil ubat, ibu saya mengadu sesak nafas sukar bernafas, dan saya menghantarnya ke hospital, doktor mengesahkan bahawa kemungkinan ibu saya mempunyai masalah jantung kerana dengupan jantung yang tidak normal, tapi dari apa yang saya baca dalam blog encik dan komen2 blogger yang lain ada menyatakan bahawa ini adalah kesan pengambilan ubat tibi yang tidak sesuai untuk ibu saya..pada masa ini ibu saya ditahan didalam wad, dan saya melihat ibu saya semakin lemah tidak bermaya, kepala sakit, batuk semakin kuat(doktor memberi ubat batuk ), tidak dapat tidur berbaring(akan sesak nafas jika baring), kaki dan muka bengkak air(seperti masalah biri-biri)-doktor advice untuk kurangkan minum air, sakit sendi kaki,timbul gatal2 kemerahan di paras kaki ibu, panas dan bepeluh pada waktu malam, kurang selera makan…patutkah saya memberi pendapat kepada doktor di sini..(yelah kadang2 doktor ni tak pun ambil kisah sangat dengan pesakit) , saya risau nanti ibu saya di diagnosis lain pula, padahal ia disebabkan oleh kesan alergik terhadap ubat tibi…

    • ruzlam Says:

      Salam mell,

      1. Selepas 2 minggu pesakit kena membuat pemeriksaan kahak terlebih dahulu untuk memastikan dia tidak mempunyai kuman tb didalam kahaknya.
      2. ada antara tanda yg anda sebutkan tu merupakan tanda penyakit jantung spt degupan jantung x normal, kaki dan muka yg bengkak,sesak nafas jika tidur berbaring. so pendapat saya, mungkin doktor jg mengesyaki ibu anda ada penyakit jantung yang mana penyakit tb turut dikesan. apa pun ini semua bergantung dengan keputusan makmal. Berdoalah semoga ibu anda tiada apa2.

      terima kasih dan saya harap jawapan saya dapat menjawab semua soalan anda. tq.

  35. SYIFA Says:

    salam…baru-baru ni ayah saya telah disahkan mengdp tb. Saya ingin mengetahui lebih lanjut mnegenai cara penjagaan yang boleh diberikan di rumah dan bagaimana untuk mengelak daripda dijangkiti kerana mak saya mengdap kencg manis dan adik sy asma, dan merka amat berisiko dijangkiti tb..TQ..

    • ruzlam Says:

      Salam Syifa,

      1. Sentiasa membuka tingkap rumah pada waktu siang untuk membuatkan pengaliran udara menjadi baik dan mematikan kuman tb di udara.
      2. pastikan pesakit sentiasa memakai mask dirumah dan ubat tb kena dimakan dengan cara dan dos yg betul serta masa yang sesuai serta jangan sekali2 tertinggal makan ubat tb ni.
      3. jangan terlalu rapat dengan pesakit kerana inya boleh berjangkit tanpa memakai mask.
      4. pastikan pesakit batuk ke arah luar rumah dan jg galakkan pesakit membuat senaman ringan diluar rumah pada waktu petang iaitu berjalan keliling rumah tp dengan memakai mask.

      terima kasih.

  36. fa Says:

    salam.bapa sy tlh mndpat pnykit tb dn 6/8 nti ckup 2 bln dia mngambil ubat…tp y mmbimbangkn kmi ialah keadaan dy y semakin letih,hlg selera makan,bdan terketar-ketar sjak kblakangan ini…sy nk tny adkah ia hanya kesan drpd ubt y diambil ataupun mmg keadaan dy y smakin teruk? atau saudara ad pndapat lain…hrp dpt mmbantu..tq

    • ruzlam Says:

      salam nurul,

      Saya tak pasti kenapa bapa anda mengalami simptom2 seperti yang anda sebutkan cuma simptom seperti itu pernah juga dialami oleh pesakit2 saya dan simptom tersebut akan hilang selepas mengambil ubat untuk merawat simptom tersebut. Cuma nasihat saya adalah bawa bapa anda untuk pemeriksaan semula dengan doktor dan mungkin simptom td boleh hilang selepas mengambil ubat tertentu ataupun ubat rawatn tb mungkin akan ditukar. Semuanya mengikut budi bicara doktor anda . tq sebab bertanya.

  37. JR Says:

    Hi,saya skg tengah makan ubat tibi dan baru 3 hari utk permulaan tapi saya tidak tahu adakah saya boleh merokok atau tidak sebab doktor sy tidak tahu yang saya merokok ke tidak sbb dia tidak bertanya yg saya merokok ke tidak…

  38. rin Says:

    salam, maafkan saya ingin bertanya. sepupu saya ada tb (ada kuman kat paru-paru) dan da dua bulan makan ubat , dia juga dibenarkan breast feeding anak dia. Soalan saya, tak ada masalah ke untuk kami sekeluarga sebab dia selalu berkunjung ke rumah kami kadang-kadang sampai 4/5 hari. Dia masih ada batuk-batuk.

    • ruzlam Says:

      Salam Rin,

      Saya anggap ‘masalah’ yg anda maksudkan itu adalah sama ada penyakit sepupu anda boleh berjangkit dgn anda sekeluarga atau tak? untuk mengelak masalah ini saya cadangkan anda sekeluarga membuat pemeriksaan saringan penyakit TB di klinik2 TB berhampiran. Selalunya selepas dua bulan penyakit TB tidak akan berjangkit lagi kepada org lain jika pesakit selalu makan ubat TB dengan betul namun demikian pesakit kena jg menjalani pemeriksaan kahak seminggu sekali ataupun 2 minggu sekali bagi memaastikan TB pesakit sudah menjadi negatif.

  39. siti Says:

    salam doktor.
    suami disahkan menghidap tibi. skrg dah makan ubat hampir 7 bulan. walaupun begitu, ada simptom tertentu yg menunjukkan tibinya masih lagi ada. skrg,pusatnya keluar nanah sudh hmpir 2 minggu
    , suka berjg mlam. apa yg harus sy lakukan?

    • ruzlam Says:

      Salam Siti,

      Sebelum tu boleh saya tau apa diagnosis penyakit suami puan?

      • siti Says:

        tibi usus. dia bermula dgn gastrik. last2 ade ketumbuhan dlam perut. buat ct scan tp x th ape dia. ms tu berat dia haye 45kg.
        seminggu suami dihospital ipoh. asalnye mrk nk operate buang ketumbuhan tersebut (dlm ms yg sm bt ujian tb) tp sy mintak suami transfer ke kelantan krn sy hmpir bersalin. (38m)
        bile ke husm kelantan, kebetulan doktor yg merawat suami penah jumpe kes cm tu. dia cume suruh mkn ubat selama 2 bulan.. kalu betul tibi ketumbuhan akan hilang. kalu x hilang mungkin kanser.
        Alhamdulillah. hilang ketumbuhan.
        cume semasa bulan ramadan…tibi suami sy sperti kembali menyerang. dia xboleh pose selama 3 hr.. kencing kotor. badn peluh mlm.
        cume skrg…….yg jd kemuskilan pusatnya kuar nanah.
        terima kasih doktor;…………

      • ruzlam Says:

        selepas 2 bulan suami puan kena makan ubat TB maksud saya untuk fasa sambungan kerana TB usus mengambil masa 1 thn untuk rawatan tamat…. pusat keluar nanah bermaksud ada jangkitan di kwsan tersebut… nasihat saya sentiasa bersihkan kawasan tsbt dan seterusnya berjumpa doktor anda semula…. untuk tujuan pemeriksaan lanjut…. mungkin nanah tu adalah kuman tb yang mati tp kita tak tau jg… kena buat pemeriksaan

      • siti Says:

        tq doktor. skrg suami sy di refer spital taiping. tp doktr pn x th ape. just suruh mkn ubt tibi. refer surgery tp dktor surgery refer blk dktor tibi. 20.11 baru akan di bt ct scan. skrg pusat suami sy mcm2 wane yg kuar dr wane nanah, mcm gamat dll. cume ia tidak berbau.kdg2 biji lada pun keluar. sy harp dr blh berikan sy mana2 hosptil yg blh sy refer utk tindakan segera. bdnnye pun dh kurus mcm kene tibi dulu dan sedikit bongkok. tq doktor.

  40. fani Says:

    salam.saya nak tanya.sepupu saya baru dimasukkan ke wad pada 30hb.09.12 baru-baru ini kerana didapati demam dan sering tidak sedarkan diri sepanjang 2minggu tersebut.kemudian beliau dimasukkan ke wad.setelah pemeriksaan dibuat, keluarga beliau di beritahu oleh doct. bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana tidak dapat mengenal pasti punca penyakitnya.akhir sekali, doct. cuba mengambil air tulang belakang beliau,dan didapati beliau mengidap penyakit tb.ujian mantoux test dilakukan.namun belum dapat result lagi kerana tidak cukup jam lagi(baru 6jam).doktor memberituhu bahawa kuman telah merebak ke otak dan kemungkinan peluangnya adalah agak tipis. memandangkan keadaan beliau.adakah dia akan selamat?jika sebelumnya beliau tidak sedarkan diri namun sekarang beliau telah dapat bergerak.namun masih belum mengenali saudara maranya lagi.saya diberitahu ibunya bahawa beliau sebelumnya sentiasa mengalimi penyakit migrain.apakah kemungkinan beliau?

    • ruzlam Says:

      Salam Fani…

      Jika sepupu anda menghidapi TB Meningitis (telah confirm) peluang untuk sembuh adalah tipis dan sekiranya pesakit telah koma, peluang untuk sedar jg adalah tipis… ini berdasarkan pengalaman sebelum ini… cuma anda sekeluarga tidak perlu berputus asa dgn keadaan ini dan sentiasa berdoa…. saya jg pernah terdengar dari cerita rakan sekerja saya bahawa terdapat jg pesakit spt ini yang akan sedar dan sembuh dari penyakit ini… so harapan tetap ada….

  41. skafandi Says:

    Salam doc, saya br je blk dari hosp untuk check benjolan pada kelenjar di bahu. doc di hosp buat pemeriksaan dgn x ray 3x, FNA, MANTOUX TEST, ambil sampel darah dan perlu sediakan sampel kahak untuk 3 hari. doc da kata kemungkinan untuk TB tu ada tp belum pasti lagi. saya ada batuk sekali sekala tp kebayakkan simptom saya ialah demam setiap minggu dan setiap hari selsema. disamping itu sy juga berasa sakit di bawh lengan dan sering sakit kepala di sebelah kiri. Keputusan x ray x nmpak apa2… ada kemungkinankah penyakit TB ni x dapat dikesan melalui Xray?

    • ruzlam Says:

      Salam skafandi,

      Selalunya utk TB kena tggu hasil pemeriksaan kahak sbb kahak ni lg tepat keputusannya. Jika nagatif jg, mungkin anda akan diberi cuba mkn ubat TB selama sebulan pastu buat pemeriksaan semula. Jika penyakit anda semakin baik maka anda ada TB jika sebaliknya ubatan TB td akan diberhentkan segera. tq

  42. lys Says:

    salam sy mengidap TB pada 16okt2012 diberi cuti 2 minggu, adakah selamat bagi pekerja2 lain

    • ruzlam Says:

      Salam,

      Selamat jika anda bercuti dan kawal pergaulan anda. Selalu pakai mask kalau bergaul dgn org tp lg baik jangan keluar ke tpt ramai org. tq

  43. Wan Says:

    salam, saya berusia 19 tahun dan saya telah disahkan menghidah tibi pada bulan ogos yg lepas. 2 minggu stlh mengambil ubat sy disahkan telah negative tb melalui ujian spoutum. Sekarang saya mengambil ubat tb sebanyak 3 kali seminggu. soalan saya, apakah kesn jgka pnjang kp bekas pesakit tb seperti saya dan adakah pengmbilan ubat tibi memberi kesan kepada tubuh badan kerana walaupun sy telah disahkan negative tb tp sy sering sakit kepala dan kerap kali berasa letih yang amat(sampai x boleh nk buka mata) apabila sy melakukan banyak kerja.

    • ruzlam Says:

      Salam Wan,

      Tiada kesan sampingan yg akan dihidapi anda walaupun telah sembuh. tetapi untuk mendapat TB semula mmg selalu ada. Mungkin rasa tak selesa yg anda alami mungkin disebabkan perkara lain. tq

  44. ieda Says:

    salam,saya disahkan menghidap TB KELENJAR dan baru memulakan rawatan seminggu..soalan saya
    1)adakah tb ini boleh berjangkit melalui perkongsian makanan atau,bekas makanan spt sudu,pinggang,mangkuk?
    2)adakah tb kelenjar juga boleh berjangkit melalui percakapan?
    3)perlukah saya mengasingkan diri dari keluarga atau kwn2?

    • ruzlam Says:

      Salam Ieda,

      1. Ianya tak bejangkit.
      2.ianya jg x berjangkit melalui percakapn …
      3. Tak perlu mengasingkan diri… teruskan hidup cam biasa tetapi ubat2 TB kena mkn dan jgn tinggalkan ok. tq

      • ieda Says:

        salam…sekarang sy dh berkahwin n sedang hamil 6month. last year sy mghidap tibi kelenjar,sy on treatment selama 6month n after 6month last checkup doc ckap sy dh pulih,sehingga hari ini sy dh xde tanda2 jgkitan tibi. soalan sy ;
        1) adakah ubat2 yg sy mkn on treatment dulu akan effect kpd baby?
        2) apakah kesan jika sy tdk bagitahu doc yg sy pernah ade penyakit tibi sebelum mengandung semasa sy buat buku pink?

  45. stuntyamakasi8 Says:

    assalamualaikum,saya merupakan bekas pesakit tibi,setelah saya sempurna rawatan,adakah akan memberi kesan kepada bakal zuriat saya nanti?

    • ruzlam Says:

      Salam,

      Tak pernah lg terjadi kesan penyakit TB boleh berjangkit kpd zuriat. berdoa banyak2 supaya zuriat anda terlindung.tq

  46. suehanna Says:

    tb kalenjer bjangkit mcm ptb ke ?

  47. emma Says:

    baru-baru saya telah disahkan tibi.. dah start makan ubat akurit-4 . ubat ni kena makan setiap hari. saya tertinggal makan ubat ni selama 4 hari…perlu ke saya start semula atau sambung makan terus ubat..

  48. nadia Says:

    ASSALAMUALAIKUM….

    dr…saya salah seorang pesakit yamh mengidap tibi. selepas 2 minngu makan ubat. leher saya terasa sakit….kenapa yer dr…huhuhuhu

    tq..

    • ruzlam Says:

      Salam,

      Sakit tekak ni mungkin disebabkan penyakit lain. saya kena tahu jg brp lama, ada demam ka? sakit ka kalau makan? so anda boleh minta pemeriksaan dgn doktor anda semua. mungkin penyakit ini adalah penyakit saluran pernafasan atas yg mana penyakit ini selalu kita hidapi. tq.

  49. badrulesham saaini Says:

    saya disah positif tibi paru2 saya ada beberapa kemusykilan nk tanya saudara ruzlam.
    1.saya ada anak berumur 4 bln dan isteri berapa peratuskah kemungkinan mereka akan mendapat jangkitan.selepas sy didiagnos tibi sy sdh mengasingkan tpt tidur dan tdk bersama mereka.
    2.adakah sekarang pihak kem.kesihatan
    hannya memberi akurit 4 sahaja adakah ubatan yg lame tdk digunakan lg.

    • ruzlam Says:

      Salam,

      mengasingkan diri mungkin cara yg terbaik tetapi janganlah sampai tidak boleh bersua muka dgn mereka. Tb paru2 boleh menjadi sangat berjangkit dan oleh itu anda kena selalu pakai mask apabila berhubung dgn org lain. Kemungkinan terjangkit dgn org lain adalah bergantung kpd kesedaran anda ttg cara jangkitan TB ini. namun terdapat kes dimana selepas 5 thn ahli terdekat dgn pesakit akan mengidap TB.

      Untuk fasa Intensif(mkn ubat2 hari2) mmh KKM mengesyorkan AKURIT – 4 sbg rawatan utama. Namun ubat lama jg masih digunkan jika pesakit mengalami alahan dgn ubat baru. tq.

  50. Hasimah H. (@C_sheemahassan) Says:

    apakah kesan sampingan penyakit tibi terhadap pesakit

    • ruzlam Says:

      Salam,

      Kesan sampingan penyakit TB adalah paru2 mengalami kerosakan pada sel2 paru2 yg mengakibatkan parut. Orang ramai memandang serong dgn pesakit krn tkt berjangkit. Pesakit menjadi kurus dan tiada selera makan. Kalau makan ubat tidak betul maka dikhuatiri kuman TB menjadi imun kpd ubatan TB yg boleh memudaratkan lg pesakit. Tq.

  51. Azila Mubin Says:

    salam….
    suami saya baru kena TB…positif..7.2.2013.sedang makan ubat..saya dan anak kena pergi hospital untuk ujian saringan..apakah jenis ujian yang akan kami lalui terutama anak saya yang berumur,7,5 tahun dan 9 bulan…

    • ruzlam Says:

      Salam,

      Anak puan tak perlu menjalani apa2 pemeriksaan. Mereka hanya diperiksa melalui simptom2 yg dialami. Bekas BCG juga akan diperiksa untuk menentukan sama ada anak anda telah melalui imunisasi yg lengkap. Tq.

  52. MamaMira Says:

    Salam. Saya disahkan menghidapi tibi smear negative. Pada 7hb Feb saya menjalani ujian bronchoscopy. Selepas prosedur tersebut saya demam 38- 39.4c. Sehingga sekarang saya masih demam. Baru 2 hari saya makan ubat. Soalan saya:
    1) selamatkah jika saya kerap mengambil PCM?
    2) Bolehkah saya menyusu anak saya berusia 7 bulan?

    Terima kasih,

    • ruzlam Says:

      Salam,

      1. Asalkan jangan melebihi 8 Tablet sehari.
      2. Boleh. Tp tanya doktor anda terlebih dahulu untuk mendapat kepastian. ok

      • norhafizah Says:

        salam dok..sy pesakit ptb berulang.ini kali ke-2.kes pertama pd tahun 2006.tahun lps bln okt 2012 sy terkena jangkitan semula n dah masuk 4 bln mkn ubat.sy risau sbb kdg2 rasa pedih pd dada belah kiri n perut sy buncit.hmm…susahati la dok..anak2 masih kecil..suami plak perokok tegar.

      • ruzlam Says:

        salam norhafizah,

        pendapat saya pedih itu biasa semasa mengambil ubatan tb tp perut buncit boleh disebabkan banyak sebab… anda boleh minta menjalani ujian fungsi hati bg menilai sama ada hati anda berfungsi normal atau tak…

  53. alin Says:

    apakah perbezaan kahak positif dan kahak negatif???

    • ruzlam Says:

      salam alin,

      kahak positif = ada kuman tb dijumpai dalam kahak
      kahak negatif = tiada kuman tb dilihat dalam kahak

  54. Muhammad affendi Says:

    Macam mana kanak berusia 10 bulan yg pada zahir nyer nampak tiada masalah tetapi mengalami batuk berpangjangan??macam maner nak kesan penyakit tersebut??

    • ruzlam Says:

      salam muhammad affendi,

      pertama anda kena bawa anak anda ke specialist kanak2… disana nnt terdapt prosedur khas utk kanak2 bagi mengesan tb…

  55. kak jah Says:

    skolah kami didatangi dr pihak ksihatan mbuat saringan tibi. keputusannya jumaat ni tp sy suda tak sabar menunggu mereka.boleka dktor beritahu ukuran tompok merah dan mksudnya?sy trlupa.seingat sy 9mm ada potensi.selebihnya sy tak ingat.sy risaula..

  56. rosli md amin Says:

    salam. ayah saya terkena penyakit tibi.saya risau penyakit tersebut berjangkit pada anak2 saya kalau berbual,bergaul dan sebagai nya,ditambah pula rumah saya memang tertutup sikit di sebabkan penggunaan AIR COND% termasuk dapur..anak saya berumur 1tahun 3bulan,6tahun dan 8tahun,adakah kami sekeluarga terpaksa memakai topeng muka setiap kali mendekati nya .boleh saya diberi sedikit tip untuk penjagaan ayah saya dan ruangan bilik beliau ditempatkan.beliau sudah makan ubat selama 1bulan.

    • ruzlam Says:

      salam rosli,

      hadkan pergaulan anak2 anda dgn pesakit… pakai mask jika ingin berbual dgn pesakit… pskt jg kena pakai mask… bawa pesakit beriadah diluar rumah setiap petang sambil pakai mask… makanan kena yg tggi protein dan vitamin… kalau pagi2 buka jendela rumah agar cahaya bole memasuki rumah supaya kuman tb bole mati

  57. anne_fazira Says:

    salam doc,..baru2 ini anak saudara lelaki sy brumur 20thn d masukn ke hospital akibat jangkitan tibi..mmg kami tahu dia terkena jangkitan ini kerana sebulan sblmnya dia pernah mndptkn rawatan bgi penyakit ini dn harus mgambil ubat slama 6 bulan..slps sebln dia mndptkn rawatn dn mmkn ubat dia terlepas utk mgambil ubat slama 2 mggu atas kesibukanya sbgi seorg pljr tmbhan msa tu dia ada exam.kmi lngsung x mgthui yg dia x dtg untk mgambil ubatnya slma 2 mggu shinggalah baru2 ini dia rebah dn sukar mngerakn sebelah badanya dn mgalami kekejangan.dia dirujuk ke hosptl dn kputusan xray menunjukan kuman tibi sudah menyerang selaput otak yg mnyebabkn kekejangan(spt yg doc terangkn kpd kmi ) doc mngesorkn operation d kpla harus d lakukn bgi mgelak kuman mnjangkiti otak.slps 8hours operation doc sahkan dia stabil..antibiotik dn ubt tibi masih diberikan..tpi slps 4 mggu rawatan pembengkakn pd kpala kesan dri operation masih blm kecut spenuhnya dn batuk serta kahak masih tidk ada perubahan.boleh dikatakn stiap ari dia demam,kdg2 terlalu panas dn kdg2 pula suhu normal ttpi ada ketika suhu demam sgt tggi dn kulit kelihatan sprti kemerah2an..2 ari lepas doc mgatakan tiada tindak bls diberikn walaupun mreka dh cuba beri ubat antibiotik yg lebih kuat..doc mngatakn badan dia x mnerima ubat yg diberikan sb itu masih x nmpk perubahan walaupn 4mggu rawatan..doc mngandaikan ada virus lain dlm bdn..tpi sblm ni laporan perubatan semua ok cuma tibi je,sy x fhm virus lain apa dlm bdnya..mreka pena mghentikn seketika antibiotik sb mreka andaikn alergi pd ubat..keesokan arinya timbul sebesar 20sen berupa campak d kaki dn sekitar mulut..skg ni boleh x doc terangkn keadaan sebenar anaksaudara sy dn apakh dia masih d pulihkn..sy keliru kerana penjelasan yg di berikan sering bertentangan…tq

    • ruzlam Says:

      salam anne,

      saya bole komen hanya pasal tb sahaja dan saya jg bkn doktor… saya adalah pen. peg. perubatan yg menjaga unit tb… saya bole komen bahawa jika kompom kuman tb yg menyerang selaput otak, selalunya akan menyebabkan pesakit sakit kepala, demam dan kadangkala bole meracau dan seterusnya koma. peluang utk sembuh adalah tipis dan apa yg sy bole ckp, anda sekeluarga kena lah berdoa banyak2 dgn ikhlas supya pesakit ini sembuh… ambil pengajaran dcni bahawa jangan sekali2 tgglkan ubat tb kerana ianya bole memburukkan keadaan.

  58. Nadia Says:

    Salam..
    Sy dah di sahkan ptb pd 24.3..sy telah pn discharge dan di nasihat kuarantin di rumah slama 2mgu..wt masa ni sy mbataskan pgaulan bsama parents,suami,anak 2thn n 7bln..sy pn sntiasa memakai mask dirumah..soalan sy adalah:

    1. Kahak sy masih lg wrna kuning n sumtime pekat kuning tu..sy masih lg batok cume tidak sekerap dulu..adakah kuman tibi ni masih lg aktif memandangkn sblm ni ujian tb sy 3+..

    2. Ketika sy di warded di hosp demam sy dah bkurang n kembali normal..ttp selang 2 ari slps blk dan sehingga kini demam tu datang blk..apa yg sy tahu kalo demam kuman tu masih lg aktif..ada juga yg sy bc dr tenet yg bdn panas n kembali demam sbb antibodi sy mula menerima ubat n cube melawan kuman tsbt..btol ke?sy takot kalo asyik demam shj sy xkn baik dr tb n xdpt bsama ngan fmly (tpaksa kuarantin lg)

    3. Brapa lame mase diambil utk hilangkan batok n kahak?

    4. Sumtime sy ada dengar bunyi pd paru paru..ape mksd tu?sy ada penyakit lain ke?

    5. Dr ape yg sy tahu,tb bukanlah penyakit kelamin so ia xkn bjangkit melalui psetubuhan..adakah ia btol?

    • ruzlam Says:

      salam nadia,

      1. utk mengetahui kuman masih aktif, anda kena membuat pemeriksaan kahak lg.
      2. demam mmg menunjukkan ada kuman dlm badan awak dan antibodi badan awak tgh melawannya dgn dibantu ole ubatan tb.
      3. bergantung dgn keadaan kesihatan anda.
      4. mungkin bunyi kahak jg.
      5. boleh berjangkit jg sbb anda akan sgt rapat dgn pasangan anda…

  59. emi fadhila Says:

    bilakah waktu yang sesuai pesakit tibi yang sedang menerima rawatan boleh melakukan hubungan seks dgn pasangan?

    • ruzlam Says:

      salam emi,

      sebaiknya bila pesakit tb disahkan ole dr bhw pesakit tb tu x lg bole menjangkiti org lain walaupun ubat tb masih dimakan.

  60. Sarina Says:

    Saya berumur 34 tahun, sudah berkhawin. Pada 20 march, sy disahkan pneumonia & diberi antibiobtik sampai 09.04.13. Tetapi melalui ujian darah utk TIBI disahkan saya Tibi positif..Pada 12.04 Doc telah menjlnkan ujian CT scan & doc dapati bahawa jangkitan paru-paru sdh berkurangan. Kahak telah pun dihantar utk ujian selanjutnya. Masalah saya sekarang, demam masih berlarutan & batuk kering (tanpa kahak). Saya keliru degn penyakit saya, adakah saya dijangkiti TIBI atau pneumonia? Stp kali saya cuba dpt penjelasan dari doc, Doc suruh tgu sehingga ujian kahak sampai & kemungkinan saya bukan dijangkiti TIBI. Tapi ujian darah positive untuk Tibi. Harap saudara dapat bagi penjelasan.
    Terima kasih.

    • ruzlam Says:

      salam sarina,

      ini saya tak bole komen lebih2 kerana sy sependapat dgn dr anda bahawa anda kena tggu sehingga laporan keputusan lengkap dikeluarkan baru kita bole cerita lebih lanjut lg.

  61. hamisah manaf Says:

    assaalam,sy ingin tahu apakah punca penyakit TB kelenjar?

    • ruzlam Says:

      salam hamisah,

      punca tb kelenjar adalah kuman tb mennyerang kelenjar anda spt dileher yg mana leher akan membengkak. hasil biopsi selalunya bole menunjukkan yg kuman tb menyerang kelenjar anda.

  62. Ziela Says:

    Salam Dokter.>>

    Mohon jasa baik Dr untuk memberikan kami sekeluarga nasihat berkenaan Penyakit Tibi .Buat pengetahuan Dr suami saya telah mengidap batuk yang berlarutan selama kira-kira 2 bulan . .dan baru baru ini batuknya mengeluarkan darah dalam kuantiti yang agak banyak .. Hari ini 29/4/2013 suami saya telah mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya dan disahkan dijangkiti virus Tibi . .Perkara ini amat merisaukan saya kerana ini merupakan kali pertama ahli keluarga terdekat dijangkiti penyakit berkenaan. Tambah merisaukan apabila dimaklumkan bahawa penyakit ini mudah berjangkit khususnya kepada ahli keluarga terdekat. Buat pengetahuan Dr selain saya, kami mempunyai sepasang cahaya mata yang masing-masing berusia 3 tahun dan 5 tahun. mohon nasihat dr DR berkenaan perkara berikut:

    a) Perlukah kami sekeluarga membuat ujian saringan
    b)Mestikan kami sekeluarga memakai mask muka sebagai langkah waspada.
    c) perlukah mengasingkan bilik antara pesakit dan ahli keluarga.
    d) bagaimana dengan perkongsian pinggan dan cawan makan . .perlukah menyediakan bagi pesakit set pinggan dan cawan khas.
    e)bagaiman untuk menguruskan tisu atau kain yang ada darah dr mulut pesakit . .boleh dibasuh atau perlu dibuang terus.
    f) Sepanjang sesi rawatan boleh kan hubungan kelamin berlaku.
    g)kedua2 anak mengalami simpton batuk .>adakah mereka terkena jangkitan . .

    • ruzlam Says:

      salam ziela,

      1. wajib utk menjalani pemeriksaan atau saringan tb utk semua ahli keluarga yg pernah berhubung dgn pesakit.

      2. boleh.

      3. lagi baik utk elak jangkitan.

      4. tidak perlu kerana pinggan dan cawan yg digunakan pskt akan dicuci dgn sabun pinggan mangkuk jg yg boleh membunuh kuman tb.

      5. perlu buang terus dan jangan sentuh darah tsbt.

      6. elakkan buat sementara.

      7. ini kena buat saringan tb baru boleh tahu sama ada itu tb atau tak.

  63. Mazwila Says:

    Salam. Suami sy br disahkan mengidap TB.. Cuma Dr. tidak memberitahu TB jenis apa dan suami dibenarkan pulang ke rumah tanpa diberitahu harus kuarantin cuma perlu makan ubat yg dibekalkan sehingga 2 minggu kemudian akan check kahak semula. Soalan saya;
    1) perlukah dia dikuarantinkan dlm masa 2 minggu ini di rumah kerana dia bekerja sebagai peniaga kedai telefon?
    2) bolehkah suami saya mengambil supplement lain cthnya seperti gamat healin semasa pengambilan ubat Tibi ini? Cthnya pagi makan ubat dan malamnyer pula makan gamat healin.
    3) selepas diberitahu bhw suami menghidap tibi, kami telah membeli Air Purifier, adakah air purifier ini dapat membunuh kuman tibi@ serba sedikit membantu proses penyembuhan penyakit tibi ini?

    • ruzlam Says:

      salam,

      1. tidak perlu kuarantin hanya hadkan saja pergerakan dan kurangkan bergaul dgn org ramai. elakkan terlebih dahulu hubungan rapat n suruh pesakit pakai mask apabila ingin mendekati ahli keluarga.

      2. boleh ambil supleman cuma pastikan ianya suplemen yg disahkan selamat ole KKM.

      3. pasal ini saya kurang pasti tp kuman tb hanya boleh mati apabila pesakit tb mkn ubatan tb.

  64. suraini Says:

    assalam…saya pernah menghidapi penyakit tibi pada tahun 2007…dh pernah menjalani operation paru2 dan biopsi….saya mengalami penyakit ini sangat teruk bukan saja menyerang paru-paru saya tetapi menyerang sendi saya terutama lutut. saya mahu tahu adakah penyakit ini boleh berulang kembali sebab sejak kebelakangan ni mcm lain semacam saja saya hadapi tiba2 sendi saya sakit terutamanya sendi lutut…. payah saya melipatkan lutut saya…saya amat muskil…bole bantu saya….tq

    • ruzlam Says:

      salam suraini,

      untuk pengetahuan anda, penyakit tb memang boleh menyerang kembali walaupun sebelum ini tealh mengambil raawatan lengkap tb… anda disyorkan untuk membuat kembali pemeriksaan tb.

  65. Kamaruzzaman B. Kalib Says:

    Assalam tuan doktor,
    Isteri saya telah mengalami sakit kepala dan dimasukkan ke hospital pada 8 Mei 2013. Pada 11 Mei 2013 dia terkena sawan di hospital dan telah tidak sedarkan diri dan telah hilang ingatan. Pada 15 Mei 2013 beliau telah dibawa untuk bedah di bahagian kepala dinamakan omaya reservoir kerana tekanan air yang banyak di dalam kepalanya. Doktor telah menghantar sampel darah dan air kepalanya ke HKL pada 22 Mei 2013 dan isteri saya dibenarkan pulan ke rumah pada 24 Mei 2013. Doktor medical memaklumkan saya bahawa isteri saya telah dijangkiti meningitis tb (tb otak) manakala doktor neuro memaklumkan belum confirm lagi sehingga result air kepalanya diketahui.

    Keadaan isteri saya didapati masih belum dapat mengingati dengan baik dan kadang-kadang ada percakapannya yang tidak berkaitan atau lebih kepada seperti meracau. Setakat ini ubat yang diberikan akurit 4, vitamin dan ubat demam (sebagai persediaan jika demam). Saya dan anak-anak sedang menunggu temujanji untuk pemeriksaan keluarga.

    saya memohon jasa baik doktor menerangkan adakah keadaan isteri saya kritikal kerana isteri saya masih lemah dan sering mengatakan beliau letih atau penat. Adalah beliau berpeluang untuk pulih sepenuhnya tinggi atau sebaliknya. Mohon tuan doktor untuk memberi maklum kepada saya. Terima kasih

    • ruzlam Says:

      As salam en Kamaruzzaman…

      pertama sekali saya nak bgtau yg saya ucapkan simpati terhadap apa yg berlaku…. ke dua saya ni BUKAN DOKTOR… hanya sseorang Medical assisstant (MA) yg bertugas di unit tb… saya tak dapat komen tentang keadaan isteri encik kerana itu hanya dapat dijawap oleh doktor yg merwat isteri encik sahaja tp dari segi penyakit tb apa yg saya boleh cakap adalah tb meningitis sangat bahaya kerana c pesakit tidak menunjukkan tanda tb melainkan sudah terlambat malah ada sesetengan kes pesakit akan koma dan ini adalah tidak bagus… saranan saya teruskan pemberian ubat akurit kepada isteri encik dan sentiasa berdoa supaya isteri encik dapat sembuh…

  66. ahmad Says:

    salam.saya skrg berada di wad kanak2 husm menjaga anak berumur 8 thn yg demam on/off lbh kurang sebulan..slps 5 hari berada di wad barulah doc sahkan dia kena PTB smear negatif..sblm nie susah utk doc tentukan apakah penyakit anak saya kerana saringan awal x-ray dada dan tulang belakang negatif,tiada batuk langsung, kahak 3 hari negatif,cuma ujian mantoux test menunjukkan positif..wbagaimanapun selepas ujian x ray dada di analisis oleh pakar radiologi baru sahkan ada kuman tibi dan sekarang sudah 3 hari makan ubat tibi yg dicairkan..untuk pengetahuan juga,saya juga telah dijangkiti PTB smear positif awal thn 2011 dan telah ikut aturan mkn ubat secara teratur disahkan bebas sepenuhnya dari tibi 8 bln kemudian..kemushkilan saya adalah :

    1) Adakah saya amat2 berisiko utk mendapat tibi semula krn berhubung dgn anak saya sepanjang menjaganya diwad krn sblm ini tak suspek pun dia kena tibi,slps 5 hari di wad baru pakai mask w/p dia tak batuk dan PTB smear negatif..selain itu sy juga pengidap diabetis

    2)semasa saya kena tibi dulu semua ahli keluarga bt ujian saringan xray dan mantoux test dan semuanya negatif..anak saya semasa itu berumur 6 thn dan ada adik berumur 3 thn,,tp mengikut doc kanak2 disini sepatutnya mereka juga mkn ubat tibi cuma 1@2 jenis sahaja diwaktu itu w/p negatif,jadi saya keliru kenapa dahulu doc yg merawat saya (pakar tibi di Kota Bharu Medical Center)@inspektor kesihatan yg datang kerumah tidak menyuruh berbuat demikian dan disebbkan itu,doc disini kata anak saya dah dijangkiti tibi saya dahulu dan saya berasa sgt kecewa dgn keadaan tersebut..sebenarnya pendapat prosudernya mn yg betul?saya belum berjumpa dgn doc pakar disini berkenaan tibi anak saya kerana cuti hr minggu dan umum..mybe hari isnin baru blh jumpa tanya pendapatnya pula

    3) sekarang anak saya mkn ubat tibi secara cecair bkn pil..adakah slps keluar wad,klinik kesihatan yg akan dia teruskan rawatan akan sediakan juga ubat secara cecair@mmg kena mkn pil juga?

    sekian,trm kasih krn mbantu

    • ruzlam Says:

      as salam,

      1. PTB smear negatif tidak berjangkit…. namun mungkin anak anda kena tb kerana dia terdedah kpd jangkitan tb anda dahulu… anda mesti menjalani ujian saringan tb

      2. utk jawapan ni sebenarnya utk menyuruh ahli keluarga mkn ubatan tb atau dikenali sbg profilaksis tb adalah sukar krn ianya boleh menyebabkan kuman tb menjadi resistan thdp ubatan tb so banyak percanggahan disitu… mungkin masa dahulu doktor yg membuat saringan berpendapat adalah tidak perlu utk ahli keluarga anda memakan ubat profilaksis terbabit…

      3. ini bergantung dgn doktor anda mcm mana nak dapatkan ubatan tb cecair terbabit… klinik tb selalunya menyediakan ubatan tb dlm bentuk tablet atau kapsul

  67. Ingin tahu Says:

    Salam.. Tuan bekerja di wad Tibi, pernah ke staf yg bertugas di wad tersebut terkena jangkitan dari pesakit?

  68. kecik Says:

    Assalam…

    Saya pernah menghidapi penyakit tibi pada tahun 2009…Baru-baru ni di bahagian leher saya mengalami bonjolan/bengkak…adakah itu punca/jangkitan TB? Result x-ray dan sample kahak menunjukkan -ve untuk ujian pertama..sample kahak kedua dan ketiga belum dapat keputusan…mantoux test juga dah buat dengan reading 18mm tak mengelembung just bengkak…adakah result nya +ve or -ve…saya juga tidak menunjukkan simptom-simptom TB seperti demam, batuk, muntah…apakah kemungkinan saya di jangkiti TB semula?? mohon pencerahan…

    • ruzlam Says:

      salam…

      18 mm mmg positif tu… mungkin anda mmg terkena penyakit tb lagi… namun utk kepastian hanya doktor yg merawat anda lebih tahu…

  69. numira18 Says:

    salam…

    sy telah didiagnos ptb smear negatif pd bulan 1 aritu..sume keputusan spt xray n sputum -ve..hanya mantoux test yg +ve. sy still on ubat tibi..sy bakal berkahwin. adakah ubat yg sy makan ni akan mengakibatkan kesan untuk kesukaran mengandung or kesan2 lain?

    • ruzlam Says:

      as salam…

      setakat ni belum ada lg laporan yg mengatakan makan ubat tb akan menyebabkan kesukaran mengandung…

  70. Aniz Says:

    Assalamualaikum. Saya pernah menghidapi tibi tahun 2009..dah semua jenis pil dan ubat yang diberikan pada doktor telah habis dimakan, saya sememangnya mengikut segala arahan dari doktor, alhamdulillah lepas dari 6 bln dan saya tiada lagi membuat rawatan susulan dan disahkan sihat sepenuhnya, tapi rasa lelah itu tetap ada ketika saya berjalan menaiki tangga atau membuat kerja berat, untuk pengetahuan dr, jga saya ada sakit gastrik yang teruk.. apa yang menjadi kemusykilan saya adalah :

    1. mengapa sekarang saya masih batuk berkahak yang pekat
    2. setiap kali minum air suam mesti diselang dengan batuk yang teruk dan kerongkong saya terasa gatal.

    boleh bantu saya dari permasalah di atas. terima kasih

    • ruzlam Says:

      as salam…

      sori hanya nak bgtau yg saya ni BUKAN DOKTOR… hanya seorg MA yg menjaga Unit Tibi sahaja…

      1. sy tidak pasti mengapa tp jika melebihi 2 minggu anda kena buat pemeriksaan kahak semula.
      2. ini pun saya x pasti nak jawap mcm mana kerana kekurangan maklumat spt brp lama? pernah ambil rawatan ?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: