INTENSIVE CASE FINDING (ICF)TIBI DI KG. PADAS DAMIT, BEAUFORT, SABAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca sekalian…

Agak lama juga saya tidak menulis dalam blog ni kan hohohoho maklumlah rasa malas menguasai diri ini hohohoho… ok lah pada kali ini saya akan memberi maklumat mengenai aktiviti kami di Unit Kawalan Tibi kawasan Beaufort, Sabah. 

Pada 22 April 2009 hingga 24 April 2009, Unit Kawalan Tibi gabungan 3 daerah iaitu Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang telah mengadakan pencarian kes tibi secara intensif di Kg. Padas Damit, Beaufort. Objektif kami adalah untuk mencari dan mengenal pasti kes2 tibi yang tidak dikesan melalui kaedah rumah ke rumah dengan cara mengambil spesimen kahak untuk setiap penduduk kampung yang menunjukkan simptom2 awal penyakit tibi.

Semasa program berlangsung, kami di bahagikan kepada 3 kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai seorang PPP, seorang PPKP, seorang JT/JM, seorang Pemandu dan 2 orang Sukarelawan kampung berkenaan.

Setiap rumah yang kami lawat pula kami akan lekatkan poster tibi dan kad pemeriksaan di pintu atau dinding rumah penduduk kampung bagi menandakan kami telah melawat rumah tersebut.

Memandangkan program kami ini berlangsung selama 3 hari 2 malam, kami telah menetapkan bahawa setiap malam kami akam membincangkan penemuan dan halangan kami semasa menjalankan aktiviti kami. Alhamdulillah kami tidak menghadapi apa2 masalah semasa program berlangsung malah penduduk kampung pula yang lebih teruja menyambut kedatangan kami ke rumah mereka.

Setelah 3 hari 2 malam kami menjalankan aktiviti ini, kami telah berjaya mengesan 1 ORANG PESAKIT TIBI SMEAR POSITIVE. Kes yang kami jumpa yang mempunyai gejala penyakit tibi pula adalah dalam lingkungan 30 ++ orang dimana kahak mereka setelah kami periksa tidak mempunyai kuman tibi. Sepanjang program ini kami juga telah berjaya menyerbu lebih kurang 100++ buah rumah.

Sepanjang kami berada di kg. Padas Damit ini, kami juga telah dibantu oleh staf Klinik Kesihatan Padas Damit, Beaufort dan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada KK Padas Damit kerana membenarkan juga klinik mereka dijadikan penginapan kami sepanjang program berlangsung. Tidak lupa juga kepada sukarelawan2 yang banyak membantu kami dan begitu juga dengan semua penduduk kampung Padas Damit yang memberi kerjasama penuh kepada kami. Terima kasih kami ucapkan.

Berikut adalah antara gambar2 yang sempat saya tangkap semasa aktiviti rumah ke rumah berlangsung;

                                                                                        100_0342100_0340   

 

 

 

 

 

 

 

  100_0345                                                                  100_0347 

 

 

 

 

 

 

 

 

100_0355

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: