Cerita Lawak !!!

Rahsia Disebalik Rahsia

Zuraini berjumpa ayahnya untuk meminta persetujuan berkahwin dengan Shahrul.

“Ayah, Shahrul mahu melamar saya” kata Zuraini.

“Apa kau nak kawin dengan Shahrul?.. tak boleh!!” Kata ayahnya dengan nada tinggi.
“Kau boleh kawin dengan siapa saja asal jangan Shahrul…”

“Kenapa saya tidak boleh kawin dengan Shahrul?” Tanya Zuraini

Sambil berbisik…ayahnya memberitahu. ..
“Sst jangan sampai emak kau tahu ya.. Shahrul itu adalah abang kau.”

Zuraini terkejut… lalu pergi mencari emaknya.

“Mak.. kenapa ayah melarang saya berkawin dengan Shahrul” tanya Zuraini kepada emaknya.

“Engkau tak payah dengar cakap ayah kau tu.. kau boleh kawin dengan Shahrul…” emaknya menjelaskan.

Zuraini hairan bercampur gembira..
“Kata ayah Shahrul itu abang saya…?”

“Ayah engkau juga tidak tahu yang engkau tu bukan anaknya.”

Lawak Gangster

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000. Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu…
Sibisu menunjukkan isyarat untuk “Aku tak tahu apa yang mereka katakan.”

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu…

Sibisu menunjukkan isyarat “Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk.”

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, “Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah. ..”

Taulah akibatnya

“Suatu pagi… seorang lelaki pergi menemui doktor gigi untuk mencabut gigi grahamnya yang rosak. Badannya besar dan gagah tetapi sangat takut dengan jarum suntikan.

Waktu si doktor mahu menyuntik… lelaki tadi berkata..”Doktor. .. tolong jangan suntik, saya takut!”.

Mengetahui pesakitnya jenis penakut lalu doktor menawarkan segelas air ubat penenang untuk diminum agar rasa takutnya berkurang.

Lalu si doktor berkata… “Bagaimana, anda sudah lebih berani sekarang?”.

Lelaki menjawab… “Iya.. sekarang saya merasa lebih berani… Siapapun yang menyentuh gigi saya akan tau akibatnya… ”

Jam Tangan

Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jam tangannya. Setelah melihat sekali imbas, si pembaik jam bertanyakan tentang harga jam itu.

” Seribu ringgit, ” jawab lelaki itu dengan bangga.
“Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Di mana awak beli?”
Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab, ” Di sinilah! ”

Turun ke laut ke?

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut…so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV3 : “Apa rahsia pakcik tangkap ikan?”

Nelayan : “Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun
                    pagi”.

Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan.”

CrewTV3 : “Kalau isteri pakcik tidur terlentang?”

Nelayan : “Pakcik tak turun ke laut ler pagi tu… Tebar jala dlm umah jer”

CrewTV3 : “Oooooooooooo. ……”

Gitu ler citer nyer

(kredit kepada Roti John dari Syok.org)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: