Pulmonary Tuberculosis Smear positive

Apakah Pulmonary Tuberculosis Smear Positive (PTB +ve)?

PTB +ve adalah satu penyakit yang melibatkan paru-paru manusia dimana kuman tibi dapat ditemui di dalam kahak pesakit yang mempunyai tanda – tanda penyakit tibi.

images

 

Kuman TIBI telah ditemui oleh Dr. Robert Koch pada tahun 1882.

kuman

Apakah tanda-tanda PTB +ve?

Antara tanda – tanda utama penyakit ini adalah ;

  • Batuk berterusan terutamanya yang lebih 2 minggu dan mungkin diikuti dengan kahak berdarah.
  • Demam panas dan pesakit akan berpeluh pada waktu petang dan malam
  • Kurangnya selera makan dan seterusnya pesakit kelihatan kurus dan kurang berat badan
  • Sentiasa berasa cepat letih apabila berjalan dan kadang – kadang sesak nafas

kurus

Bagaimanakah Penyakit ini dikesan?

  • Melalui Sejarah pesakit
  • Pemeriksaan Kahak Pesakit sebanyak 3 kali iaitu Acid Fast Bacilli(AFB)
  • Pemeriksaan X-ray Dada
  • Suntikan Tuberculin Test (Mantoux Test) ke lengan pesakit yang disyaki mengidap Penyakit Tibi

PTB +ve boleh dikesan dan disahkan melalui pemeriksaan kahak sahaja tanpa perlu membuat pemeriksaan lain.

TB_bacterium_final

Bagaimanakah Penyakit ini berjangkit?

Terdapat 3 cara jangkitan yang dikenalpasti iaitu ;

  1. Bersin
  2. Batuk – Batuk
  3. Bercakap

Ketiga- tiga cara jangkitan tersebut sebenarnya merupakan penyebab kepada pembebasan kuman melalui udara yang kita sedut.

berjangkit

Apakah rawatan untuk Penyakit TIBI?

First Line drugs iaitu ianya terdiri daripada ;

  • Streptomycin (S)
  • Isoniazid (H)
  • Rifampicin (R)
  • Ethambutol (E)
  • Pyrazinamide (Z)

Kesemua ubatan tersebut hendaklah diambil dalam tempoh 6 bulan dimana 2 bulan pertama pesakit akan memakan ubat yang terdiri dari 4 jenis dari 5 jenis ubat di atas dan 4 bulan berikutnya ubat yang diberi selalunya terdiri dari 2 jenis sahaja dari 5 jenis ubatan di atas.

2 bulan pertama pesakit hendaklah memakan ubat setiap hari sehingga cukup sekurang – kuranya 56 dos (hari)

4 bulan berikutnya pula pesakit hanya memakan ubat tibi hanya 2 kali atau 3 kali seminggu sahaja. (32 dos atau 48 dos)

Apakah Langkah Pencegahan Penyakit ini?

Walaupun penyakit ini boleh dirawat tetapi kita juga perlu untuk mencegahnya dan berikut merupakan langkah pencegahan untuk orang awam ;

  1. Pastikan rumah anda dimasuki cahaya matahari pada waktu siang dan mempunyai pengudaraan yang baik dengan cara membuka tingkap rumah anda.
  2. Jika batuk sentiasalah menutup mulut anda atau bila hendak batuk anda batuk ditempat tiada orang ramai
  3. Segera membuat pemeriksaan kahak jika batuk anda berterusan
  4. Cepat – cepat ke hospital atau klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan jika anda mempunyai tanda – tanda penyakit ini

Nasihat untuk anda semua…

  • Penyakit TIBI bukan penyakit keturunan
  • Jika keluarga, jiran, sahabat dan orang yang anda kenal mempunyai tanda – tanda seperti di atas, ajaklah mereka untuk segera membuat pemeriksaan dan mendapatakan rawatan di hospital atau klinik berhampiran
  • Tubuh kita sebenarnya memang terdedah sejak sekian lama kepada kuman TIBI tetapi antibodi badan kita boleh membunuhnya
  • Penyakit TIBI boleh membunuh jika rawatan diabaikan ataupun lambat mendapatkan rawatan
  • Makanlah ubat TIBI mengikut cara dan masa yang betul kerana jika tidak adalah dikuatiri penyakit TIBI tidak dapat disembuhkan lagi dengan ubat2 di atas (Resistan TIBI)
  • Jika anda mengidap PTB +ve janganlah anda pergi ke tempat orang ramai kerana ianya boleh berjangkit !!!

Tuberculosis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: