Penyakit Influenza A H1N1

Apakah Penyakit Influenza A H1N1?

Merupakan penyakit yang disebabkan oleh mutasi gen virus influenza babi, burung dan manusia.

Apakah Tanda dan Gejala Penyakit ini?

Tanda – tanda penyakit ini adalah seperti DEMAM, BATUK, SELESEMA, SAKIT BADAN, SAKIT TEKAK, SAKIT KEPALA, MUNTAH – MUNTAH atau CIRIT BIRIT.

Bagaimana Kita Boleh Dijangkiti?

Melalui TITISAN CECAIR PERNAFASAN. Ini berlaku apabila pesakit BERSIN atau BATUK dan kemudiannya titisan cecair pernafasan tadi akan tersebar di udara. Kita juga boleh terjangkit sekiranya menyentuh pesakit atau tersentuh kepada sebarang permukaan yang telah terkena titisan cecair pernafasan pesakit.

Nasihat Kepada Orang Yang Dijangkiti Penyakit Ini ;

  • Segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
  • Tutup mulut apabila batuk atau bersin dengan tisu atau sapu tangan bagi mengelakkan terjadinya jangkitan kepada orang ramai.
  • Jangan pergi ke tempat awam yang sesak.
  • Jangan menggunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan jangkitan.
  • Tinggal di rumah dan elakkan berhubung dengan orang lain. Jangan sentuh mulut, hidung atau mata.
  • Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.

Berapa Lamakah Orang Yang Dijangkiti Boleh Menyebarkan Penyakit Ini Kepada Orang Lain?

Selagi pesakit masih mempunyai tanda dan gejala penyakit ini. Tapi selalunya sehingga 7 hari dari tarikh mula mendapat gejala penyakit ini. Kanak – kanak boleh menyebarkan penyakit ini dengan lebih lama.

Apakah Langkah Pencegahan Dari Dijangkiti Penyakit Ini?

  • Menjauhkan diri daripada orang yang kelihatan tidak sihat terutamanya yang mempunyai tanda seperti demam, batuk dan selesema.
  • Sentiasa mencuci tangan dengan air dan sabun.
  • Elakkan menyentuh muka khususnya hidung dan mulut bagi mengelakkan terjadinya jangkitan.
  • Sekiranya anda berada di tempat jangkitan adalah penting untuk anda mengelakkan kawasan sesak.
  • Amalkan cara hidup yang sihat dengan melakukan senaman fizikal, mengambil makanan seimbang dan tidur yang cukup.

Adakah Jangkitan Berlaku Dari Babi Kepada Manusia?

Tidak.

Adakah Terdapat Vaksin Yang Boleh Melindungi Kita Dari Terkena Penyakit Ini?

Pada masa ini tiada tetapi mengikut WHO, vaksin penyakit ini sedang dicipta dan ini akan mengambil masa dari 4 bulan ke 6 bulan.

Adakah Terdapat Ubat untuk Merawat Penyakit Ini?

YA, Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai Antiviral untuk merawat penyakit ini.

(Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia)

kamisediamembantu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: