Penolong Pegawai Perubatan (PPP)

Hari ni saya nak bercerita tentang PPP pula memandangkan profesion ni amat kritikal sekarang dimalaysia. Hohohoho biasalah kan aku pun PPP juga jadi aku kenalah promote kat remaja2 yang masih tak tau lagi tentang wujudnya profesion PPP ni.

Pada waktu dulu PPP dikenali juga sebagai MA(medical Asisstant atau Pembantu Perubatan), HA(Hospital Asisstant atau Pembantu Hospital) dan pada waktu british dulu dikenali sebagai Dresser.

Tugas2 PPP pada masa kini lebih banyak tertumpu di bidang Kecemasan, GA( bius ), Kesihatan Awam ( klinik2 Kesihatan ) dan berbagai – bagai bidang lagi. Dan untuk saya pula saya sekarang ini bertugas di Unit Tibi/Kusta Kuala Penyu ( Kesihatan Awam ).

PPP adalah salah satu daripada cabang paramedic yang berada di Malaysia. Setiap PPP yang terlatih hendaklah terlebih dulu memasuki Kolej Kesihatan Bersekutu yang terdapat di seluruh Malaysia dan perlulah mempelajari tentang PPP selama 3 tahun.

Kelayakan untuk memasuki kursus PPP adalah SPM dengan Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris perlulah kredit dan mana2 remaja yang berkelulusan dari aliran sains adalah amat digalakkan untuk memohon kursus PPP melalui SPA ( Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ).

Antara bidang tugas PPP yang paling utama sekali adalah:

  • Memeriksa dan merawat pesakit yang datang ke hospital
  • Merujuk kepada Doktor untuk kes2 yang teruk
  • Merawat kes2 kecemasan terutamanya kes Red Zone
  • Meyelenggara penggilan Ambulans dan seterusnya bertindak jika menerima panggilan ambulans
  • Memastikan peralatan di dalam ambulans sentiasa cukup dan masih boleh digunakan
  • Memastikan ubat – ubat ‘Dangerous Drug’ masih boleh digunakan dan sentiasa cukup

hehehe jadi kepada remaja sekalian sekiranya anda berani menyahut cabaran maka saya syorkan anda memohon untuk memasuki bidang ini yang sentiasa penuh dengan cabaran hampir setiap hari.

113 Responses to “Penolong Pegawai Perubatan (PPP)”

  1. ppp casualty Says:

    jang lau mau jadi ejen no ekor mcm???? lau ko mau join ble runding hehehehehe ejen kuala penyu pun ble, cepat untung tau

    • ruzlamblog Says:

      ejen ekor? hahahaha tak mo lah aku tapi kalau jadi agen insurans mau lah aku

      • shee Says:

        salam encik ruzlam.. saya nak tanya.. bagaimana perawatan tb kelenjar mengikut pengalaman encik.. im the one whos been diagnosed tb limphadenitis, even simptom2 semua oke.. even doctor bt test tb serology normal, esr normal, whitecell count normal, chest xray normal..xde demam .selera makan pun sgt oke.. tiada susut berat badan. batuk2 pun xde..cuma satu bengkak kat leher. then buat biopsy.. result yg sy ingt with tuberculosis etiolgy… adakah penyakit ni berjangkit. rawatan mengambil masa berapa lama, sy dah pun start makan akurit4 3tabs daily..bagaimana cara pergaulan.. adakah perlu diasingkan..adakah ia bole merebak ke tempat lain..

      • ruzlam Says:

        TB lymphnode tak berjangkit… kena jalani rawatan selama 1 tahun at least… x perlu pengasingan … yg penting kena mkn ubat tanpa miss… ok

  2. shasha Says:

    salam En Ruzlam…
    sy dalam dilema sebenarnya… sy skrg tgh under treatment ngn sorg doktor hospital swasta… sy sering mengalami sakit di belikat kiri, tgn kiri bahu kiri & di leher kiri pula terdapat beberapa benjolan… doktor sudah membuat ujian darah bagi penyakit thyroid & tibi juga… hasil ujian darah tidak menunjukkan sy menghidapi penyakit thyroid @ tibi… cuma ada st bacaan tak silap mcm kurang normal.. klu tak silap ESR = 30 pttnya utk (female)1-20 & (male) 1-15.
    jd doktor lakukan ujian tak silap di panggil mentol klu tak silap . ujian tu crnya doktor suntik satu jenis ubat dkt kulit sy dan ubat tu akan dpt dikesan bila cukup 72jam jer… doktor ckp ubat tu tak membuktikan seratus peratus sy ada penyakit tibi, tp itu slh st crnya, jd bila cukup 72jam sy pergi jumpa doktor & hasil ujian tu positif …. jd doktor advice utk wat minor operation dekat leher kiri tuk amik sampel bg di hantar ke makmal… skrg sy dlm dilema sm ada ingin meneruskan atau tidak saranan drpd doktor sy… sy cuma takut jika sy buat pembedahan tu tp sbnrnya takda yg teruk pun , tp sy selalu mengalami sakit di tulang belikat, bahu & leher kiri. sakit tu menyebabkan sy mengambil pil thn skit smpai mengakibatkan sy mengalami masalah di perut.. apa yg ptt sy buat doktor… blh beri sedkit advice tuk membantu masalah sy ini…. adakah tanda2 & hsl ujian menunujukkan keberangkalian sy menghidapi penyakit tibi ???

    • ruzlamblog Says:

      salam…

      sori lambat reply n terpaksa balas melalui email ni… pembetulan yer bukan mentol tp MANTOUX TEST atau TUBERCULIN TEST. Melalui cerita dpt saya cakapkan bahawa kemungkinan besar anda mmg menghidapi penyakit tibi mungkin TIBI LYMPHNODE atau tibi pada nodus limfa. Tp ujian ini masih belum konfirm lg so saya suggest anda buat pembedahan tersebut untuk menguji samada itu tibi atau penyakit lain. kalau diberi pilihan saya rela kena tibi berbanding penyakit lain sebab tibi mmg bole sembuh yg penting mkn ubt sahaja mengikut jadual. Saya suggest anda buatlah pembedahan tu tp cuba tnya doktor yg merawat anda tu sama ada bole ambil ubat tibi shj tanpa melalui pembedahan. cuba tanya sj ya… lg satu saya bukan doktor… tapi saya penolong pegawai perubatan yg menjaga unit tibi. Oleh yg demikian jika doktor anda menyuruh anda membuat pembedahan kecil tersebut maka buat sahaja lgpun pembedahan ini hanya mengambil sampel sahaja utk tujuan ujian. ok harap anda puas hati.

  3. asri Says:

    saya ada mengalami batuk selama hampir dua bulan tetapi tidak berturut-turut, berasa sakit dada ketika menghela nafas panjang dan kahak berdarah. tetapi saya tak pulak demam dan hilang selera makan. berat bedan pulak tak turun. adakah saya menghidap TB atau penyakit lain. ada ke penyakit yang simptomnya hampir sama dengan TB?

  4. asri Says:

    salam. saya pernah mengalami batuk selama dua bulan tetapi tidak berturut-turut. saya juga mengalami kahak berdarah dan dada terasa sedikit sakit ketika menghela nafas panjang dan dalam. tapi saya tak pula hilang selera makan dan turun berat badan. hasil x-ray minggu lepas, saya diberitahu terdapat flek pada paru-paru dan selepas itu doktor yang merawat tak ada pula bgtahu samada saya posotif TB atau tak. sekarang saya dak tak batuk-batuk lagi, dan dada saya pun dah tak sakit ketika menarik nafas panjang. soalan saya, adakah saya telah sembuh dari penyakit TB dan bolehkah TB sembuh dengan sendiri. Atau mungkin saya mengalami penyakit lain yang simptomnya hampir sama dengan TB? harap sangat-sangat diperjelaskan dengan lebih lanjut. Tq

    • ruzlamblog Says:

      salam asri, nak tanya ni awak penah buat ujian kahak ker? kalau penah apa resultnya? sebab kalau ujian kahak awak positif maknanya awak ada penyakit tibi. Penyakit tibi tak boleh sembuh dgn sendiri yer… kena makan ubat sekurang2nya 6 bulan. pasal penyakit lain tu saya tak pasti namun penyakit berkaitan dada sakit ni ada banyak dan tidak semestinya penyakit tibi sahaja, itu la sebabnya kita kena buat ujian kahak untuk mengenalpassti samada anda kena penyakit tibi atau tak.. thx

      • asri Says:

        tq atas nasihat en. ruzlam. saya dah wat ujian kahak dan ujian darah ESR. ujian kahak positif utk 3 hari. ESR plak 30. saya mmg positif TB. dah start makan ubat. mudah2an boleh sembuh..

  5. ana Says:

    salam en.Ruzlam
    berkenaan penyakit tb ni..kat malaysia masih ramai lagi ke yg kena penyakit ni?(just tok pengetahuan saya je)..sblm ni saya ingat tibi ni kira dah tak de dah (penyakit lama)..tapi saya terkejut bila doktor gtau yg saya suspek tb..pagi semalam saya ada p jmp doktor setelah 3 mgg batuk..buat x-tray dan kena dtg selama 3 hari tok bagi sampel kahak dan buat ujian darah pada hari terakhir (hari ketiga)..harap batuk2 biasa je, bukan tibi, kalo dilihat pada simptom tibi tu,kira lebih kurang sama dah dengan apa yg saya alami selama 3 mgg ni..saya mengalami batuk2 (sesak nafas semasa batuk,batuk biasa dan tidak berkahak), sesak nafas terutama pada sebelah petang dan malam (tak alami demam pun), mengalami keletihan badan yg teruk (tapi saya mmg sll letih pon sblm ni, dah biasa dengan keadaan badan yg cepat letih), selera makan totally hilang (yang ni dari mei lagi dan bertambah teruk dalam bulan jun dan julai), saya just makan tok elak dari kebulur je sampai tahap lapar sangat2 baru la makan itu pon paksa, bila makan plak loya sangat2, susut berat badan (agak ketara la sbb ramai yg tegur badan susut) ..minta pendapat dari en. Ruzlam..terima kasih..

    • ruzlamblog Says:

      Penyakit tibi ni sebenarnya masih ramai lg yg kena cuma ianya tak banyak sangat berbanding dgn penyakit berjangkit lain. Untuk masalah yg awak cakap tu rasanya hanya ujian kahak saja yg dapat mengenal pasti penyakit awak ni ( mengenalpasti penyakit tibi)… nanti lau dah dapat result kahak tu bagitau saya yer….

  6. ruzlamblog Says:

    salam asri,

    insya allah sembuh tu penyakit tibi… yang penting makan ubat ikut waktu yg ditetapkan yer… dlm tempoh 2 bulan petama makan ubat tu iaitu yg mkn hari2 tu kan harap awak jgn slu sgt keluar rumah n kalau keluar pun pastikan pakai mask… takut org lain terjangkit… kalau dah ada anak n isteri tu… jgn batuk depan mereka yer… cakap pun jgn secara berdepan… baik lg pakai mask jg… tingkap rumah pada waktu siang hendaklah sentiasa dibuka utk membenarkan cahaya matahari masuk kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman2 tibi yg terdapat di udara…. harapan saya semoga asri cepat sembuh yer…. thx kerana bertanya sebelum ni….

  7. asri Says:

    salam en.ruzlam.. tempoh rawatan fasa intensif saya dua bulan dah berakhir.. sekarang dah start fasa mantainence. cuma yg saya tertanya2 skrg ni, doktor suruh saya mkn 3 kali seminggu. kemudian doktor ada cakap yg dos ubat isoniazid perlu ditambah sikit. tp bila saya tengok PPP yg jaga saya bg mkn ubat tu, dia bg isoniazid dgn dos yg sama mcm dlm fasa intensif.. x pe ke camtu??

    • ruzlamblog Says:

      salam…

      berkenaan masalah saudara tu… boleh saya tahu berapa berat badan saudara? saya nak kira berapa dos yg sesuai utk anda…. bole tahu jg brp biji tablet isoniazid yg awak mkn skrg?

  8. asri Says:

    berat sekarang 51.67.. saya x pasti yg mane 1 isoniazid. ade 2 jenis yg saya mkn skrg, 1 tu 300 mg dan 1 lg 600 mg. x silap sy isoniazid 600 kot

  9. asri Says:

    sory silap.. isoniazid 300 je

  10. asri Says:

    yg sy makan skrg utk fasa mantainence:
    isoniazid 300mg
    rifampicin 600 mg
    pyridoxine 10 mg

  11. alia Says:

    kalau x batuk tapi kahak ada darah, 2 kira tibi jg?

    • ruzlam Says:

      salam cik nurhidaya…

      nasihat saya ialah, kalau ada kahak berdarah better cik nurhidaya buat pemeriksaan kahak di klinik atau hospital terdekat. Ini supaya cik nurhidaya tidak berteka – teki sendiri. Selagi kahak tidak diperiksa, saya sendiri pun tidak tahu sama ada seseorg tu ada penyakit tb atau tak…

  12. Luis Says:

    halo, saya disahkan penghidap tb setelah mengambil ujian kahak dan sekarang sudah masuk hari ke 19 saya makan ubat. tapi sekarang saya kerap batuk kerana terdapat banyak kahak di bahagian dada saya ( Kahak yang sangat pekat macam putih telur) dan sekarang ada rasa macam sesak nafas. Saya keliru mahu jumpa doktor atau tidak sekarang kerana dalam hati saya mungkin ini biasa dialami oleh pesakit tibi semasa makan ubat. tolonglah saya wahai PPP

    • ruzlam Says:

      salam…

      pertama sekali saya ucapkan terima kasih kerana anda sudi untuk bertanyakan soalan kepada saya. Ini menunjukkan anda prihatin dengan tahap kesihatan anda. mengikut pengalaman saya, seseorang yg telah memakan ubat tb, selalunya gejala batuk akan hilang namun dalam kes saudara, saya rasa gejala yg saudara alami ini bukanlah disebabkan oleh ubat tb. saya mencadangkan saudara untuk berjumpa dengan doktor dan nyatakan kepada beliau yg anda sukar bernafas. Saya juga selalunya memberi ubat lain seperti ubat pemecah kahak dan ubat batuk sebagai menyelesaikan masalah anda ini. Nasihat saya yg lain ialah jgn la meminum air sejuk dan sentiasa memakan makanan yg berkhasiat. merokok jg adalah dilarang. harap jawapan saya dapat membantu anda. tq.

  13. ct Says:

    salam en Ruzlam

    Saya bekas pesakit tibi, dah habis rawatan pada November 2009. Kalau dah habis rawatan, kira dah sembuh ke? Saya sentiasa buat follow up yg dijadualkan oleh pihak klinik, dan keputusan pemeriksaan kesihatan menunjukkan tiada sebarang tanda saya dijangkiti penyakit ini walaupun kadang-kala saya mengalami batuk yang kuat. Semasa tempoh selepas rawatan, saya pernah juga demam, tapi sembuh hanya dengan berehat beberapa jam, tidak seperti sebelum menjalani rawatan tibi di mana bila demam, saya hanya akan sembuh beberapa hari slps mengambil ubat. Saya tertanya2, org mcm saya ni boleh ke berkahwin, risau pasangan akan dijangkiti. Kalau dah selalu sangat di Xray, ada tak kesan terhadap sistem peranakan wanita. Harap dpt dibalas. Terima kasih

    • ruzlam Says:

      Salam,

      Terima kasih sebab bertanya. Untuk pengetahuan anda, penyakit TB yang anda hidapi sebelum ini mmg telah sembuh cuma jika ada gejala seperti batuk2 kembali semula, jgn tunggu lama2 anda kena segera buat pemeriksaan kahak lagi. Ini adalah kerana anda masih berisiko untuk mendapat semula penyakit TB. Pasal kahwin, memang la boleh untuk berkahwin… cuma pastikan anda tidak menunggu lama2 untuk membuat pemeriksaan kahak jika gejala2 penyakit TB datang semula. Berkenaan X ray, apa yang saya tahu kesan sampingan terhadap wanita adalah hampir tiada. Tidak pernah lagi saya mendengar yang wanita selalu di x ray akan mempunyai masalah peranakan. Cuma yang perlu berjaga2 dgn X ray ni adalah wanita mengandung shj. Harap dapat menjawap soalan anda. Tq…

  14. zatul Says:

    salam en ruzman..,
    Selamat Hari Raya.. Saya nak tanya penyakit tibi blh menjangkit melalui percakapan dan sentuhan tak… mcm bb berisiko tinggi utk dpt ker klu ada org tb bercakap depan dia

    • ruzlam Says:

      Salam.

      Selamat hari raya juga untuk anda… kaedah jangkitan TB selalunya melalui udara so ini bermakna melalui percakapan , batuk dan bersin. Untuk baby sebenarnya sangat berisiko tinggi jika pesakit tb yang selalu berckp dgn baby td. So silalah elakkan yer sbb kesian baby tu kerana antibodi badannya tak kuat lg melawan TB. TQ.

  15. Umie Chumiran Says:

    salam sy ingin bertanya MA,,

    apakah kesan sampingan bagi ubat2 di bawah ini??secara terperinci,,selain yg dinyatakan di bawah ini..
    1) Ethambutol
    2) Rifampicin
    3) Pyrazinamide = sakit sendi
    4) Streptomycin
    5) Isonizide

    • ruzlam Says:

      Salam,

      berknaan kesan sampingan ni anda sebenarnya boleh jumpa dalam buku2 medical tp kalau ikut pengalaman saya Ethambutol tu akan menyebabkan mata kabur dan Rifampicin akan menyebabkan kencing bertukar warna ke warna merah… kesan sampingan yang lain untuk semua ubat TB adalah seperti pening, muntah dan ada jg yang meyebabkan kerosakkan pada hati (jarang).

  16. moon Says:

    Salam…saya tiada sebarang tanda-tanda pesakit TB tetapi sy HIV +….sekarang doktor menyarankan supaya saya makan ubat isoniazide selama 6 bulan…utk mencegah TB tetapi bila saya makan ubat ni selama 2 minggu…saya sakit kepala yg amat sgt, badan terasa letih dan badan saya gatal2..saya dah sememangnya ada alergi pada kulit.Perlukah sy teruskan ubat ni????rasa macam tak sanggup nak makan sebab saya ni ada anak kecil jadi susah nak menguruskan anak-anak…untuk masa sekarang, saya dah tak makan tapi saya masih belum maklumkan pada doktor berkenaan…minta pendapat???

    • ruzlam Says:

      salam puan,

      sebenarnya puan ubatan isoniazid yang puan mkn tersebut adalah untuk tujuan pencegahan. Kami disini tidak pernah memberikan ubat tb sbg langkah pencegahan namun dlm kes ini mungkin doktor puan ada sebab tertentu yang memestikan puan mengambil ubat tersebut. saya nasihatkan supaya puan berjumpa semula dgn doktor puan untuk berbincang mengenai masalah puan selepas mengambil ubat tersebut. Ini penting supaya doktor puan dapat membuat keputusan sama ada memberhentikan ubat tersebut atau menukarnya dgn ubat lain. sekian dan terima kasih sebab bertanya.

  17. nurul Says:

    salam.. saya nak tanya, suami saya kena tb, dia mkn ubat slama 2 blan dah tp baru-baru ni dia bgtahu kahak dia berdarah. sebelum ni dia cuma batuk tp kahak dia tak berdarah. adakah sakit dia makin teruk.

    • ruzlam Says:

      Salam…

      terima kasih sbb sudi bertanya… kahak berdarah sebenarnya merupakan 1 tanda2 penyakit Tb… jadi untuk mengetahui sama ada penyakit beliau semakin teruk atau tidak bolehlah membuat pemeriksaan kahak dan x-ray… daripada keputusan ujian ini, doktor boleh mengetahui keterukkan penyakit suami puan… apa yg penting adalah sentiasa makan ubatan TB setiap hari ikut dos dan masa yang betul… saya yakin penyakit suami puan akan sembuh sepenuhnya… nak tanya jg adakah penyakit TB suami puan ini lambat dikesan? mksd saya suami puan telah lama mengidapi tanda2 TB tp tidak dipedulikan sebelum ini… tq

      • nurul Says:

        salam… penyakit tb suami saya lambat dikesan… alhamdullilah sekarang suami saya makn ubat 3hari sekali… tp kadang-kadang dia masih ada kahak berdarah,

      • ruzlam Says:

        Salam…

        Apa yang penting teruskan makan ubatan TB mengikut masa yg betul dan jika kahak berdarah tu makin teruk segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut… ok…. semoga suami anda sembuh hendaknya…. Amin

  18. asri Says:

    assalamualaikum… saya bekas pesakit tibi yg sudah sembuh.. cuma nak bg nasihat utk pesakit2 yg sedang menjalani rawatan. harap dapat teruskan mengambil ubat mengikut cadangan dan nasihat doktor. jgn skip and ikut jadual appointment dgn FMS.. nak sehat mcm sy, terus la mkn ubat…

    • reydha Says:

      aslmkum….. sy pesakit tibi kelenjar dan perlu mengambil ubat selama sekurang-kurangnya 9 bln/setahun. baru 2 bulan makan ubat. lps jumpa doktor smlm, mereka dah ubah rutin pemakanan ubat sy iaitu seminggu 2x saja. alhamdulillah…. test kahak dan xray negative. mudah2an 10 bulan akan dtg sy akan dpt sembuh sepenuhnya. Insyallah… sy berazam utk sembuh demi keluarga.

      • ruzlam Says:

        Walaikumsalam…

        Tahniah kerana anda telah berjaya untuk mengahabiskan ubatan TB untuk 2 bulan pertama… teruskan untuk 7 bulan berikutnya… saya doakan anda sembuh seperti sediakala… terima kasih…

    • ruzlam Says:

      Walaikumslam…

      Tahniah sebab dah sembuh… dan terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman anda.

  19. cikgu syam Says:

    Salam…
    Saya mengalami batuk berdarah sejak tahun 2008. Namun ia bukanlah sentiasa berlaku sepanjang tahun..batuk pun on off..saban tahun saya pergi ke hospital papar dan ujian xray, mantoux test dan sputum dilakukan. Setiap kali dpt kpts xray dr cuma cakap u ada tb ka..saya jdi bengung, saya disuruh bt ujian yg lain. Ujian mantoux setiap kali saya buat pasti positif. Tapi ujian kahak negatif.
    Awal tahun ini saya mengigil di tempat kerja dan di bw ke unit kecemasan hosp papar. ,ereka membuat ujian darah dan dan ujian utk tb sekali lg..tapi keputusan yg diperolehi tetap sama. Sekarang, sejak dari sabtu mgu lepas saya sering batuk dberdarah sehinggalah hari ini. Namun saya serik untuk pergi ke hospital papar. Saya cuba mendapatkanrawatan dari dr pakar di raflesia. Dan sekarang saya masih menunggu kptsn ujian. Hari jumaat ni baru dpt.
    Saya ingin bertanya kpd saudara, adakah seorang penghidap tb itu sememangnya akan demam. Sebab saya tidak demam dan hanya sakit kepala setiap ptg. Selain itu, ada kah simptom lain yg boleh menyebabkan batuk berdarah selain dari tb.

    • ruzlam Says:

      salam Cikgu Syam,

      Untuk pengetahuan cikgu, tidak semua pengidap tb akan demam tp kebanyakkannya akan demam. penyebab batuk berdarah selalunya akan dikaitkan dengan penyakit TB tp perlukan siasatan yang lebih lanjut. Pendapat saya sepatutnya anda sudah boleh didiagnos penyakit TB kahak negatif berdasarkan kenyataan cikgu yg mengatakan X raya anda di ‘quiry’ sama ada anda mengidap TB atau tak dan keputusan mantoux test yg positif. namun ada satu lg ujian darah yg diperlukan untuk membantu dlm pengesahan penyakit anda ini iaitu ESR… tq

      • cikgu syam Says:

        Salan En. Ruzlam. Terima kasih atas info nya. Saya telah membuat CT Toraks di Rafflesia dan didapati bahawa paru-paru sebelah kanan saya teruk dan banyak kesan berlubang, jangkitan telah merebak ke sebelah kanan. Berbekalkan keputusan tersebut saya telah membawa result itu berjumpa dr di hosp papar, dan akhirnya dr mengesahkan saya menghidap tibi. Selain itu saya juga di syaki menghidap Medioilosis dan ujian darah telah pun dilakukan, namun mengambil masa yang lama untuk mendapatkan pengesahan. Kini saya sudah start mengambil ubat tibi pada setiap hari di diberikan sick leave selama 2 minggu. Saya ingin bertanya kepada En. Ruzlam, berapakah bilangan hari cuti yang biasanya diberikan kepada penjawat awam yang disahkan menghidap tibi positif. kerana pada pengetahuan saya dalam kursus induksi kita dimaklumkan bahawa cuti kerana penyakit berjangkit tibi/ kusta adalah selama 6 bulan..sekiranyalah betul saya sgt sedih untuk meninggalkan kelas dlm tempoh yg begitu lama, kerana baru 5 hari bercutipun saya sudah rasa bosan dan ingin kembali bekerja.

      • ruzlam Says:

        Salam…

        untuk cuti penyakit berjangkit khasnya tb… mmg akan diberikan selama 6 bulan tp bukan sekali gus… maksdnya dcni selps cuti pertama 2 minggu tu, anda akan direview semula dan akan diberikan lg cuti 2 mggu… begitulah seterusnya hinnga 2 bulan… selalunya lepas 2 bln jika hasil penilaian doktor menatakan anda semakin pulih, anda dibenarkan utk bekerja semula…. tq… ini berdasarkan pengalaman pesakit saya🙂 semoga nda sembuh… http://ruzlamunittrust.wordpress.com

        ________________________________

  20. azam Says:

    bolehkan ppp menjadi pegawai perubatan?…JIKA MELANJUTKAN PELAJARAN

  21. Leena Says:

    Salam saudara.. Saya ingin bertanya dengan lebih lanjut lagi mengenai PPP menjadi pegawai perubatan (doktor).
    Sebagai contoh,saya mengikuti kursus selama 3 tahun di bawah SPA. Setelah saya graduate,saya akan menjadi PPP di klinik2 kerajaan yg sedia ada. Soalan saya adalah sekiranya saya berminat untuk menjadi doktor, (1) Apakah langkah2 yg perlu saya ambil & bagaimanakah proses2 untuk menjadi doktor?
    (2) Sekiranya sambung study, di mana & bagaimana untuk memohon?
    (3) Is there any rules & regulation for PPP need to be attach to before boleh memohon jadi doktor?
    Thanx in advance & will wait for ur sooner reply..🙂

    • ruzlam Says:

      Salam Leena,

      Soalan tentang untuk menjadi doktor ni saya tak berapa arif namun demikian sekiranya anda ingin jadi doktor, memang boleh dan prosedur untuk memohon tu bergantung dgn Universiti yang anda ingin masuk. Sebab ada kawan saya yg dahulunya PPP sekarang dah belajar untuk jd Dr… cuma PPP yg ingin jd doktor kena keluar dari Lembaga Pembantu Perubatan dan masuk persatuan Doktor.

      saya tak dpt jawap yg lebih detail sbb tak ada pengalaman lg… tp boleh tanta dgn PPPU32 untuk maklumat lanjut… terima kasih

  22. LIM CHOON HENG Says:

    hello… saya nak tahu lebih lanjut mengenai ppp.
    1. saya masih boleh jadi ppp kalau saya ambil course dari ipts kan?
    2. adakak ppp dan ppk (penolong perawatan kesihatan) sama? kalau tidak, boleh jelaskan beza ia
    3. course mana yang lebih sesuai untuk kerja dalam bilik mayat? saya nak kerja saya related dengan mayat.
    terima kasih

    • ruzlam Says:

      hello Lim Choon Heng,

      1. Boleh dgn syarat masa ambik kos tu anda sudah jd PPP.
      2. PPP sokongan 1 dan PPK adalah sokongan 2. Bidang tugas PPP lebih kpd pemabntu doktor manakala PPK adalah org yg diarahkan utk htr pesakit, ambil keputusan darah, fotostat dokumen DLLL.
      3. Ambil PPP sbg basic pastu sambung pos basic dlm bidang forensik. sesuai sgt sbb PPP banyak yg tak minat forensik… tq

  23. H Says:

    Salam.sy mahu bertanya,sy mempunyai gejala penyakit tb yg dimaksudkan sperti hilang selera makan,berpeluh siang dan malam,sakit kepala,hilang berat badan ,demam,letih x sperti biasa selama 2 minggu.disusuli gejala selesema dan batuk berkahak dan berdarah selama 2 minggu.cumanya ia sudah berhenti.penyakit ini sudah berlarutan selama sebulan kerana sy terpaksa menunggu keputusan pembedahan mengambil tisu.soalannya,

    1)perlukah sy melakukan montoux test di hospital berlainan? kerana keputusan biopsi tersebut mengambil masa 1 bulan lg utk mengetahui puncanya.setakat ini doktor tersebut tidak melakukan sebarang test berkaitan penyakit tibi.sy amat bimbang.

    2)berapa lamakah kuman tb boleh tersebar di bhgn paru2 dan organ lain?sy bimbang jika sy sudah terlambat.akhir in2 sy sering merasa nyeri di bahagian dada.

    3)adakah tb sy serius?

    • ruzlam Says:

      Salam H,

      1. Rasanya tak perlu tp boleh diminta utk buat. Lg baik dpt buat pemeriksaan kahak dan Xray dada.
      2. Ini bergantung dgn sistem Imun badan anda sendiri tp apa yg penting start la cara hidup yg mengambil makanan yg sihat. Boleh google makanan yg tggi protein dan vitamin jg.
      3. Belum dpt dipastikan selagi belum keluar result pemeriksaan kesihatan anda. apa pun jangan stress ok. tq

  24. Ina Says:

    Salam, saya mengalami batuk yg berpanjangan dr awal thn smpai sekrg. Tp batuk tu kadang2 saja. Nampak mcm x serius. Tapi sesekali saya batuk ada kahak pekat warna kuning kehijauan. Dan pernah batuk berdarah. Saya ada buat x-ray dlm pertghan thn tp Dr kata paru2 saya takde masalah dan bkn sakit tibi. Jadi saya abaikan batuk ni. Saya mmg takde simptom2 sakit lain. Saya rasa sihat mcm biasa. Tapi semalam saya batuk berdarah lagi. Cuma batuk sekali je. Kenapa ye? macam mana nak buat ujian kahak sedangkn batuk saya tak kerap? maksud saya maybe waktu jumpa Dr saya tak batuk jd mcm mana Dr nak uji kahak saya? Harap Saudara dpt membantu.. terima kasih.

    • ruzlam Says:

      Salam Ina,

      Mungkin anda ada penyakit TB. Kesimpulannya anda wajib buat pemeriksaan kahak walapun anda x batuk sbb terdapat cara untuk mengeluarkan kahak. Cara tersebut boleh diperolehi dr risalah2 klinik TB.tq.

  25. hidayah Says:

    Salam..saya nak tanye adik saya da buat ujian darah n kahak hasil nye negatif tpi x ray kat paru-paru nampak cam ada virus mountox test npak ada merah tpi x bsar sgt n doktar dah buat ujian skorp(X TAU CAM MANE EJA NYA) tpi resurt ujian skorp lom kua lagi….yg heran nye dok dah suruh dia makan ubat tb mulai harini hingga 2 minggu untuk tgu ujian skorp tu kua…..sy nk tye la pengalaman n pendapat ada tak pesakit tuan yg mcm ni n macam mana lak kami yg ada di rumah perlu ke buat ujian tb cz kesian kat ank2 yg masih kecil(3

    -1tahun) dan adakah adik saya diklafikasikan tibi?

    • ruzlam Says:

      Salam,

      Nama kes mcm ni adalah emperikal TB iaitu pesakit kena mkn ubat TB untuk tempoh tertnetu kadang2 sehingga sebulan dan kemudian buat pemeriksaan. Hasil pemeriksaan akan dibandingkan dgn hasil pemeriksaan dahulu. Jika hasilnya penyakit adik anda bertambah baik, maka itulah TB dan kalau bukan ubatan TB akan dihentikan serta merta.

      Adik anda hanya disyaki TB sehingga hasil pemeriksaan diperolehi. tq.

  26. zieyla Says:

    salam en.ruzlam.. sy slh seorg pesakit SLE n LN stage 2. Bru2 ni, sy ada mgalami btuk yg agak teruk.. sy ada dptkan rwtan d klnik kshtan.. PPP yg b’tgas d situ nshtkan sy spya dptkan rwtan d hosp skiranye batuk msh b’terusan krna sy adalah pesakit SLE.. Dan skrg sy msh btuk,kerap demam terutamanye wktu mlm, skt kpla n bdan t’lalu letih.. sy ada t’baca dlm media yg pesakit SLE, lebih cnderung unt m’dpt pnyakit Tibi n Pnuemonia.. btl ke? blh x en. ruzlam jelaskan.. thankz.

    • ruzlam Says:

      salam zieyla,

      penjelsan yg paling baik adalah anda boleh membuat pemeriksaan kahak bagi mengesan sama ada anda terkena penyakit tb atau tak…

  27. fauziah omar Says:

    Assalamualaikum,
    Saya adalah pesakit tibi (lymphnode). Telah mengambil ubat selama 4 bln. Alhamdulilah tidak mengalami apa apa masalah cuma setelah 3bln saya ambil ubat tb (akurit)yg saiz kecil saya mengalami debaran jantung tapi bukan dgn kadar kerap. Kadang kadang saya merasakan jantung saya bergerak lagu. Mohon penjelasan adakan ada kesan ubat tb kepada kadar degupan jantung. Saya sudah usulkan kpd prof yg merawat saya dan katanya itu adalah normal. Mohon penjelasa dari pihak tuan yg mgkin lebih arif dlm bidang ini,
    terimas kasih

    -fauziah-

  28. cao Says:

    selain memeriksa dan merawat , adakah membedah termasuk dalam tugas ppp

  29. zue Says:

    Salam, urmm sye jz nak tahu sebelum ni sye ade menjalani rawatan tibi selama 9bulan (tibi paru + selaput air pada paru2) dan pada awal2 rawatan dulu sye tak tahu yg sye hamil setelah hampir sebulan lebih menjalani rawatan baru sye tahu yg sye hamil (bcoz slalu kalu sye makan ubat, period sye akan kucar kacir skit itu yg xprasan hamil) dan baby tersebut telah gugur😥
    Sekarang da habis rawatan bolehkah sye kembali hamil??

    • ruzlam Says:

      salam zue,

      saya simpati terhadap keguguran tsbt. apabila dah tamt rawatan tb dan disahkan sembuh maka anda bole untuk mengandung.

  30. winnie Says:

    Salam sejahtera en.Ruzlam.
    sya ingin bertanya ttg ppp. s
    1)jurusan sains/kmanusiaan(tingktan 6), ada peluang utk mnjd ppp?
    2)apa matapelajran yg ditekankan utk ppp?
    3)peluang utk ppp bg perempuan dan lelaki, yg mana amat diperlukan di mlysia pd masa kini?

    sy berharap saudara dpt membls post sy secepat mngkin krn sy amt memerlukan maklumat ini. tq

    • ruzlam Says:

      salam winnie..

      1. semua ada peluang walaupun hanya setakat lulusan tingkatan 5 sahaja.
      2. BM, mata pelajaran sains, biologi, kimia, BI
      3. peluang sama rata kerana dua2 pun amat diperlukan.

  31. jefli joseph Says:

    Bagaimana mahu memohon?apa laman web yang harus di kunjungi?

    • ruzlam Says:

      memohon jawatan PPP @ MA kena isi borang SPA dlm laman web SPA dan isi dlm Latihan Separa Perubatan

  32. fara Says:

    Salam.. thn lps dlm bln 6 mcm tu ada seorg cikgu d tmpt kerja sy kena tb… cikgu tu selalu masok dlm makmal sy sbb xthn pns.. makmal sy ada aircond.. bilik guru guna kipas.. setiap hari dia pasti masuk makmal dan selalu batuk… masa tu sy belum tahu dia menghidapi tb… setelah sebulan dlm bln 6 mcm tu sy dpt tahu dia kena tb.. byk kakitangan sekolah batuk batuk waktu tu.. termasuk sy batuk lbh 2 bln..jd semua kakitangan sekolah disuruh buat suntikan montoux kalau xslh… dan kami semua negetif tb…tp mereka xperiksa kahak kami.. slps mkn mcm2 ubat batuk thn lps akhirnya batuk sy sembuh.. tp dlm thn ni start bln 3 sy start batuk balit sampai skrg.. sbb x thn sy pegi buat ujian kahak dan keputusan nya positif tb… soalan sy adakah dr thn lps lagi sebenarnya sy dh kena tb? Adakah tb yg sy dpt ni sbb berjangkit dr cikgu tdi? Doktor cuma buat ujian kahak tp xda xray dan montoux test.. isnin ni doktor suruh sy mkn ubat tb.. harap encik dpt bantu sy.. terima kasih

    • ruzlam Says:

      As salam Fara,

      soalan anda ni akan terjawap jika pada waktu lalu iaitu thn lepas anda membuat pemeriksaan kahak… adakah cikgu tadi membuat pemeriksaan kaha? jika ya dan cikgu td kena penyakit tb maka keputusannya anda kemungkinan besar dpt penyakit tb dr cikgu tadi…

  33. lia Says:

    salam, mcm mana pulak dgn waktu kerja MA ni… ikut ofis hour ke mcm mana ? nk cuti senang x ?

  34. hanna Says:

    As salam.. en.ruzlam….
    Saya dh dsahkn phdap sakit tb. Dan baru mkan ubat dlm seminggu. Pd bln 9 ni sy ditwrkan blaja di ukm tuk smbung degre sy. Soalan sy adkah sy xbleh myambung plajaran sy di univsiti pd bln 9 ni. Saya amat risau dgn situasi saya skarang kerana saya mahu mlanjutkan plajaran saya di ukm pd bln 9 ini. Masa pula smkin suntuk. Minta pndpat encik . Thanks.

  35. Nor Enatan Says:

    assalammualaikum,
    Baru-baru ni, seorang murid di sekolah saya positive tb dan kami para guru telah menjalani mantoux test…after 30 hours, ada kesan merah (merah2 cair) saiz dalam 1 cm pada kulit saya…morfologinya pula ianya seperti bengkak yang nipis sahaja tapi xde la bengkak, hanya jika dilihat betul2 nampak seperti bengkak,bukan seperti gigitan nyamuk seperti mula2 kena injection)…ape yang saya perhatikan,saya xdpt nk bezakan antara induration & redness sbb ianya just one layer kemerahan tuh..jadi saya ingin bertanya kepada pihak tuan,adakah saya juga suspected TB?ianya sangat merisaukan saya sebab saya plan untuk pregnant since saya baru berkahwin,saya takut if saya makan antibiotics for 6 months ianya akan mengganggu haid & selagi saya xbebas dari kuman tuh,saya takut baby juga akan terkena…lagi satu, saya alergi kepada high dose pain killer seperti tramal, ponstan and voltaren..,kulit saya juga sangat sensitif,mudah merah2 and bintat2…harap sangat mendapat pandangan dari pihak tuan…terima kasih…

    • ruzlam Says:

      jangan fikir terlalu jauh… biarkan staf unit tb baca result mantoux test tu… kemerahan slps di jarum tu menunjukkan badan anda ada kuman tb tp bukan penyakit tb… penyakit tb ni hanya muncul kalau antibodi badan kita lemah… untuk mententeramkan anda, bacaan result mantoux test saya adalah positif iaitu 15mm (highly positive)

  36. Ingin tahu Says:

    Aslmkm,
    1. Dalam anggaran berapa jarak selamat seseorang yg berpenyakit TB bercakap dengan orang lain jika tidak memakai mask?
    2. Hanya melalui udara sahaja ka TB boleh berjangkit? Bagaimana dengan pakaian dan peralatan makan pesakit?
    3. Adakah cepat penat@letih terutama melakukan gerakan yg cepat spt naik tangga akan hilang selepas selesai pengambilan ubat TB?
    Terima kasih atas maklum balas.

    • ruzlam Says:

      1. selalunya 1 Meter.
      2. Sebenarnya dari air liur atau air droplet.
      3. ambil masa dan tahap keterukan paru2… kalau da sembuh tp masih penat naik tangga, munkin paru2 mmg dah rosak teruk n ambik masa utk pulih sepenuhnya

  37. silas Says:

    sounds good..
    ehm..lau interview untuk memasuki kursus ini biasanya dorg tnya psl apa ya.?

  38. wani Says:

    ada orang kata . Pompuan takde jadi MA ..betol ke,,saya rasa ada..hehe

  39. fazroul Says:

    salam alaik…baru ni sy ada buat pertanyaan dlm blog ni…kenapa takde reply back…sy punya komen pun dah hilang..

  40. Zunairah Says:

    Salam, saya nak tanya…

    Kalau lepasan SPM yg bukan dari aliran sains(science stream) ada peluang x nak dpt MA under SPA nie?

  41. ifti Says:

    salam, saya nak tanye. sebagai PPP, apa peranan @tugas yang boleh kita lakukan ke atas pt yang mengalami penyakit jantung semasa kehamilan?

    • ruzlam Says:

      ssh nak jawap sbb sy x keje bidang tu… tp setiap tempat ada CPG yg kita kena ikut… so kena baca CPG atau tanya dgn org yg berpengalaman dan bekerja dibidang tsbt..

  42. Shahidan Mahamad Says:

    Assalamualaikum En. Ruzlam
    Ingin benar saya nak tahu jika sekarang sy adalah PPK (baru sahaja dpt keje april 2014) boleh tak saya jadi PPP? Adakah kerajaan menanggung segala kos pembelajaran sy? Sy sngt berkeinginan nak jd PPP.. Terima kasih ya En. Ruzlam

    • ruzlam Says:

      walaikum salam…
      Boleh saja yang penting anda dapat memenuhi kelulusan yg diminta ole JPA utk bljar jd MA… Jd student mmg kos kena tanggung kjaan…

  43. suhaina Says:

    Salam. encik, saya ni lepasan spm & saya memohon kos MA di IPTS (PUSRAWI). Adakah kos ni pembelajarannya sama level dengan Doktor?
    kos MA lagi strong dari Nurse ke memandangkan gredny sama ja, U29.

  44. Mark Says:

    Apakah bahasa yang digunakan dalam subjek-subjek yang akan dipelajari untuk menjalani latihan PPP , samada Bahasa Melayu atau Bahasa inggeris?

  45. Shahrul Says:

    Asalam.. Saya student MA .. Boleh ke MA jdi MO?? Dan mcm mana panduan untk mnjdi MO?? kne amik muet persendrian?? Ad x kwan2 en yg dah menjadi MO?? Betul ke kita snng msuk UKM atas sebab KKM??

    • ruzlam Says:

      ikut rezeki juga tu… ada jg kawan skrg yg dah jadi MO lps keje MA 3 thn… kena rajin cari IPT yang bole tawarkan kita utk bljar Medic…

  46. shilla Says:

    kula penyu??? my uncke pengarah sana🙂

  47. jesse Says:

    hello…
    minggu depan saya akan menduduki peperiksaan latihan separa perubatan dan salah satu bidang yang saya dapat ialah Penolong Pegawai Perubatan. boleh minta sedikit tips-tips soalan temuduga sebagai PPP tak?hee

  48. zulhasny Says:

    ADAKAH PPP TERDIRI DRPD KAUM LELAKI SHJ…

  49. alin Says:

    assalamualaikum..
    saya nak tanya…saya mengambil asasi sains kesihatan bersekutu…boleh kah saya menjadi MA selepas saya mengambil degree ?

  50. Muhamad Safwan Says:

    assalam encik,saya dulu ada sakit paru2 berair..hampir 3/4 paru sy adalah air…pastu saya selalu deman n batuk x berhenti…berat sy turun tp x tahu lah sbb masa 2 waktu puasa..sy selalu batuk tp x ada kahak..adakah itu tanda2 sy kena tibi?

  51. nazmi Says:

    Ouh , kiranya pembntu perubatan dan PPP sama jaa laa

  52. hanifah ibrahim Says:

    assalamualaikum.. nk share boleh??😀

  53. yaya Says:

    sye nak tnya..andai kan sy blan dpan dh nak latihan industri tetapi sy di sahkan menghidap TIBI.adakah sy akan di kecualikan,di tangguhkan,atau wajib meneruskan latihan industri sy utk melengkapkan sijil diploma sya?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: