10 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA MENJALANI KUARANTIN DI RUMAH

1.    Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan (seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).

2.    Anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, pergi ke sekolah, tuisyen, rumah ibadat, majlis makan, kenduri, membeli-belah dan lain-lain aktiviti atau mana-mana tempat awam.

3.    Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.

4.    Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

5.    Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.

6.    Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.

7.    SEGERA hubungi Pegawai Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala lain penyakit.

8.    Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar.

9.    Jika anda demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask).

10.  Amalkan kebersihan diri:

  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  • Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda.
  • Elakkan berkongsi tandas, peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain.
  • Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah
  • Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin (misalnya, chlorox – campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air).

PATUHI SEMUA ARAHAN YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK BERKUASA

Penyakit Influenza A H1N1

Apakah Penyakit Influenza A H1N1?

Merupakan penyakit yang disebabkan oleh mutasi gen virus influenza babi, burung dan manusia.

Apakah Tanda dan Gejala Penyakit ini?

Tanda – tanda penyakit ini adalah seperti DEMAM, BATUK, SELESEMA, SAKIT BADAN, SAKIT TEKAK, SAKIT KEPALA, MUNTAH – MUNTAH atau CIRIT BIRIT.

Bagaimana Kita Boleh Dijangkiti?

Melalui TITISAN CECAIR PERNAFASAN. Ini berlaku apabila pesakit BERSIN atau BATUK dan kemudiannya titisan cecair pernafasan tadi akan tersebar di udara. Kita juga boleh terjangkit sekiranya menyentuh pesakit atau tersentuh kepada sebarang permukaan yang telah terkena titisan cecair pernafasan pesakit.

Nasihat Kepada Orang Yang Dijangkiti Penyakit Ini ;

  • Segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
  • Tutup mulut apabila batuk atau bersin dengan tisu atau sapu tangan bagi mengelakkan terjadinya jangkitan kepada orang ramai.
  • Jangan pergi ke tempat awam yang sesak.
  • Jangan menggunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan jangkitan.
  • Tinggal di rumah dan elakkan berhubung dengan orang lain. Jangan sentuh mulut, hidung atau mata.
  • Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.

Berapa Lamakah Orang Yang Dijangkiti Boleh Menyebarkan Penyakit Ini Kepada Orang Lain?

Selagi pesakit masih mempunyai tanda dan gejala penyakit ini. Tapi selalunya sehingga 7 hari dari tarikh mula mendapat gejala penyakit ini. Kanak – kanak boleh menyebarkan penyakit ini dengan lebih lama.

Apakah Langkah Pencegahan Dari Dijangkiti Penyakit Ini?

  • Menjauhkan diri daripada orang yang kelihatan tidak sihat terutamanya yang mempunyai tanda seperti demam, batuk dan selesema.
  • Sentiasa mencuci tangan dengan air dan sabun.
  • Elakkan menyentuh muka khususnya hidung dan mulut bagi mengelakkan terjadinya jangkitan.
  • Sekiranya anda berada di tempat jangkitan adalah penting untuk anda mengelakkan kawasan sesak.
  • Amalkan cara hidup yang sihat dengan melakukan senaman fizikal, mengambil makanan seimbang dan tidur yang cukup.

Adakah Jangkitan Berlaku Dari Babi Kepada Manusia?

Tidak.

Adakah Terdapat Vaksin Yang Boleh Melindungi Kita Dari Terkena Penyakit Ini?

Pada masa ini tiada tetapi mengikut WHO, vaksin penyakit ini sedang dicipta dan ini akan mengambil masa dari 4 bulan ke 6 bulan.

Adakah Terdapat Ubat untuk Merawat Penyakit Ini?

YA, Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai Antiviral untuk merawat penyakit ini.

(Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia)

kamisediamembantu

Cerita Lucu Lagi nih…

Interview Dengan Penjaga Landasan Keretapi


Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk diinterviu.”Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?,” tanya Pak Basri. “Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,”jawab Sarjo.

“Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?”tanya Pak Basri lagi.

“Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual”.

“Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?”.

“Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat.”

“Kalau telefonnya sedang digunakan?”

“Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?”

“Kalau telefon awam rosak?”

“Saya akan pulang menjemput nenek saya.”

“Ooo….tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?” tanya Pak Basri kehairanan.

“Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar.”

hahahahahaha adakah pulak macam tu….

(sumber dari Putera.com)

Cerita Lawak Baru…

Beg Parachute

Dalam satu kejadian yg agak susah nak diterima akal, iaitu sebuah kapal terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam hendak terhempas, terdapat 5 org penumpang di dalamnya tetapi beg parachute kecemasan hanya ada 4.

Berkata laa penumpang pertama, “Aku Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku. Kalau aku tadak, mcmmana nanti Malaysia nak menang All England lagi?”.Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun. 

Penumpang kedua pulak berkata, “Aku Hillary Clinton, bekas watina pertama US. Aku seorang yg paling bercita2 tinggi dan aku juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang President”. Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun. 

Penumpang ketiga menyampuk, “Ahh… aku President US! George W. Bush. Aku ada tanggungjawab yg berat untuk menjaga sebuah negara yg kuat. Tambahan pula, akulah President yg terpandai dlm sejarah US. Org Amerika mana yg hendak melihat aku mati?”. Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun. 

Penumpang keempat, Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, “Saya seorang Muslim dan saya berserah kpd Allah utk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg parachute yg terakhir tu”.Budak 10 tahun itu menjawap, “Jgn bimbang. Ada satu lagi beg parachute utk pakcik. President terpandai dalam sejarah US tu terambil beg sekolah saya”.

(sumber daripada Mr. TR dari Putera.com)


Fakta Yang Menarik !!!

  • Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
  • Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
  • Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.
  • Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
  • Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
  • Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
  • Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
  • Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
  • Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
  • Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
  • Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
  • Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
  • Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
  • Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?
(kredit kepada Franky89 dari syok.org)